Sabtu, 19 March 2022 | 8:59am
- Foto fail NSTP
- Foto fail NSTP

59 kematian COVID-19 dilaporkan semalam

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 59 kes kematian akibat COVID-19 semalam, dengan 13 daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, ia menyumbang kepada sejumlah 34,244 kes kematian akibat COVID-19 setakat ini termasuk 7,176 kes BID.

Perak melaporkan kes kematian akibat COVID-19 tertinggi semalam dengan 15 kes termasuk tiga kes BID.

Ia disusuli Selangor dengan 12 kematian dan tiga kes BID; Johor dengan 11 kematian; enam kematian di Kelantan yang kesemuanya kes BID; Melaka (lima); Pahang (tiga); masing-masing dua kematian di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak (termasuk satu kes BID) dan satu kematian di Kedah.

Sementara itu, sebanyak 78.9 peratus daripada populasi negara sudah melengkapkan vaksinasi terhadap COVID-19 manakala 47.2 peratus daripada populasi Malaysia sudah mengambil dos penggalak.

Sebanyak 46,039 dos vaksin diberikan semalam, dengan 30,617 adalah dos penggalak; 13,256 dos pertama dan 2,166 dos kedua.

Setakat tengah malam tadi juga, 34.4 peratus daripada populasi berusia antara lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala sebanyak 94.5 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga sudah mendapatkan dos pertama.

Sehingga kini, sebanyak 91.3 peratus populasi remaja negara sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Berita Harian X