X
Isnin, 14 March 2022 | 12:34pm
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, dihentikan seketika susulan runtuhan kecil di lokasi. - Foto NSTP/L MANIMARAN
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, dihentikan seketika susulan runtuhan kecil di lokasi. - Foto NSTP/L MANIMARAN

Operasi selamat mangsa runtuhan kuari tergendala

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, yang masih tertimbus dan memasuki hari ketujuh, dihentikan lagi seketika berikutan terdapat runtuhan kecil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata runtuhan kecil batuan di kawasan itu dikesan kira-kira jam 10.35 pagi tadi menyebabkan kerja pengalihan batu terpaksa dihentikan seketika.

"Pasukan penyelamat masih dalam skop kerja pemerhatian dan keselamatan bagi kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari.

"Jarak laluan untuk ke lokasi tepat mangsa tertimbus dianggarkan kira-kira 20 meter untuk sampai," katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, Timbalan Komander Operasi JBPM Perak, Aidil Adlee Che Mee, dilaporkan berkata, kerja pengalihan bongkah batu untuk mengesan kedudukan dua mangsa tertimbus berkenaan dijangka selesai 70 peratus kelmarin, namun ia turut bergantung kepada faktor cuaca.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus dikenal pasti sebagai Itam Balasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Sebelum ini, runtuhan kecil turut dilaporkan berlaku di kawasan kejadian pada hari ketiga operasi SAR iaitu pada 10 Mac lalu.

Berita Harian X