Sabtu, 12 March 2022 | 6:54pm

LANGSUNG keputusan PRN Johor

JOHOR BAHRU: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tamat pada jam 6 petang tadi dan ketika ini, proses kiraan kertas undi sedang berjalan di semua 4,638 pusat pengiraan, yang akan dibawa ke 56 pusat penjumlahan.

Keputusan rasmi kemudian akan disahkan dan diumumkan, malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA), dekat sini.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung keputusan PRN Johor daripada petugas kami, Junita Mat Rasid, Mohamed Farid Noh, Suzalina Halid, Luqman Arif Abdul Karim, Mahaizura Abd Malik, Mary Victoria Dass, Omar Ahmad, Mohamad Fadh Rahmat, Essa Abu Yamin, Ahmad Ismail dan Togi Marzuki serta jurugambar, Hairul Anuar Rahim, Shahril Badli Saali dan Nur Aisyah Mazalan.

12.10 tengah malam: RASMI - BN menang di 40 daripada 56 DUN pada PRN Johor, diikuti PH (11), PN (3), MUDA (1) dan PKR (1) seperti dilaporkan SPR di laman sesawangnya.

11.25 malam: RASMI - SPR di laman sesawangnya memaklumkan BN menang di 34 DUN Johor, diikuti PH (tujuh), PN (tiga) dan PKR (satu).

11.22 malam: RASMI - SPR di laman sesawangnya memaklumkan BN menang di 32 DUN, diikuti PH (lima), PN (tiga), PKR (satu).

10.50 malam: RASMI BN menang di DUN N.04 Kemelah dengan 7,518 majoriti 1,611.

10.29 malam: Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bahawa gabungan itu memenangi 31 DUN Johor menerusi kiraan undi tidak rasmi.

10.29 malam: RASMI Calon Pakatan Harapan (PH) Ng Yak Howe menang di DUN Bentayan-SPR

10.19 malam: RASMI BN menang di Gambir

10.18 malam: RASMI PN menang di Endau-SPR

10.18 malam: RASMI BN menang di Bukit Naning-SPR

10.11 malam: Ibu Pejabat UMNO Johor riuh dengan laungan 'Bubar Parlimen' ketika Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melintasi hadirin untuk ke pentas utama.

10.04 malam: Kerusi DUN Gambir yang sebelum ini disandang oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hampir pasti dirampas BN yang memperoleh 7,747 undi meninggalkan PN dengan 4,674 undi di 52 daripada 55 saluran

9.54 malam: RASMI - BN menang dua DUN daripada 56 DUN -SPR

9.53 malam: TIDAK RASMI: MUDA mendahului di satu-satunya kerusi di DUN Puteri Wangsa dengan 18,891 undi dengan majoriti 4,529 di 159 daripada 184 saluran

9.52 malam: RASMI - N19 Yong Peng dimenangi BN - SPR

9.50 malam: RASMI - DUN Johor Lama dimenangi BN - SPR

9.40 malam: TAK RASMI - BN merampas kerusi DUN Kemelah dengan majoriti 1,233 menerusi calonnya dari komponen MIC, N Saraswathy.

9.49 malam: TIDAK RASMI: Perikatan Nasional (PN merampas DUN Maharani dari Pakatan Harapan (PH) dengan 7,645 undi dengan majoriti 1,761 apabila semua 70 saluran mengundi sudah dikira

9.41 malam: TIDAK RASMI: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dari PKR tewas di DUN Layang-Layang apabila BN mendahului dengan 7,772 undi manakala Maszlee memperoleh 4,756 undi apabila semua 50 saluran sudah dikira

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Johor, yang juga calon DUN Benut Datuk Hasni Meraikan kemenangan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Johor, yang juga calon DUN Benut Datuk Hasni Meraikan kemenangan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Johor, yang juga calon DUN Benut Datuk Hasni Meraikan kemenangan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN.
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Johor, yang juga calon DUN Benut Datuk Hasni Meraikan kemenangan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN.

9.36 malam: TIDAK RASMI Kerusi tumpuan di DUN Larkin menyaksikan BN mendahuluinya dengan 8,174 undi meninggalkan PN dengan 4,453 undi, PKR (3,144); MUDA (2,496) PEJUANG (323) dan BEBAS (157) di 69 saluran daripada 139 undi

PUSAT Operasi Perikatan Nasional (PN) di Hotel Impiana di Senai, di sini, kelihatan lengang tanpa kehadiran pemimpin daripada gabungan parti itu. Sebaliknya, pusat operasi itu hanya dihadiri oleh pengamal media serta sebilangan kecil penyokong PN.
PUSAT Operasi Perikatan Nasional (PN) di Hotel Impiana di Senai, di sini, kelihatan lengang tanpa kehadiran pemimpin daripada gabungan parti itu. Sebaliknya, pusat operasi itu hanya dihadiri oleh pengamal media serta sebilangan kecil penyokong PN.

9.10 malam: TAK RASMI - Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah umum calon dari parti itu menang di DUN Kemelah, Kahang, Tenggaroh dan Bukit Batu.

9.10 malam: TIDAK RASMI: PH mendahului di DUN Parit Yaani dengan 5,056 undi bersama majoriti 575 di 42 daripada 77 saluran

9.07 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Semarang dengan 2,927 undi dengan 1,492 majoriti

9.04 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN N.04 Kemelah dengan 3,978 undi diikuti rapat PH dengan 3,472 undi

9.04 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Yong Peng dengan 3,995 dengan majoriti 1,913 undi

9.03 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Sri Medan dengan 10,066 undi meninggalkan separuh PN dengan 5,088 undi dengan majoriti 4,978 di 47 daripada 63 saluran

9.02 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Semerah dengan 8,614 undi dengan majoriti 2,952 di 69 daripada 94 saluran

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir bagi keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir bagi keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

8.59 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Sungai Balang dengan 3,719 undi diikuti rapat PN dengan 3,076 undi di 30 daripada 63 saluran

8.58 malam: TIDAK RASMI: Perikatan Nasional (PN) mendahului tipis di DUN Maharani membabitkan 2,451 undi dengan majoriti 347 di 23 daripada 71 saluran

Penyokong Barisan Nasional (BN) bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Penyokong Barisan Nasional (BN) bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Penyokong Barisan Nasional (BN) bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Penyokong Barisan Nasional (BN) bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

8.46 malam: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dari PN mendahului di DUN Bukit Kepong dengan 8,263 undi diikuti BN 7,348 dengan majoriti 915 membabitkan 63 daripada 79 saluran

8.44 malam: TIDAK RASMI: BN hampir pasti menang di DUN Benut apabila Datuk Seri Hasni Mohammad mendahului dengan 10,508 undi dengan majoriti 5,680 membabitkan 52 daripada 54 saluran

8.40 malam: TAK RASMI - Calon BN di DUN Kukup menang dengan 8,163 undi. Semua 64 saluran sudah dikira.

8:36 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di Bukit Pasir dengan 2,624 undi diikuti rapat PN, 2,397 undi membabitkan 28 dairpada 62 saluran

8.34 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di Bukit Naning dengan 3,227 undi dengan majoriti 896 membabitkan 27 daripada 44 saluran

8.33 malam: TIDAK RASMI: Datuk Seri Salahuddin Ayub dari PH mendahului di Simpang Jeram dengan 3,825 undi diikuti rapat oleh PN dengan 2,448 undi dan BN 2,221 undi membabitkan 28 daripada 69 saluran

8.32 malam: TIDAK RASMI: Pakatan Harapan mendahului di DUN Serom dengan 1,677 undi diikuti BN 1,247 dengan majoriti 430 memabbitkan 14 daripada 74 saluran

8.31 malam: TIDAK RASMI Pakatan Harapan (PH) mendahului di DUN Tangkak dengan 4,893 undi diikuti rapat oleh BN dengan 4,185 dengan majoriti 708 membabitkan kiraan di 36 saluran daripada 63 saluran

8.28 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Tenang dengan 3,029 undi di 33 daripada 49 saluran dengan majoriti 182

8.24 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Pulai Sebatang dengan 2,817 undi membabitkan 22 daripada 84 saluran dengan majoriti 1,100

8.22 malam: TIDAK RASMI:PH mendahului di DUN N.04 Kemelah dengan 179, undi

8.21 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Benut dengan 8,778 undi

8.20 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului di DUN Gambir dengan 2,564 undi dengan majoriti 1,161 membabitkan 17 saluran daripada 55.

8.20 malam: TIDAK RASMI:Barisan Nasional (BN) mendahului tipis di DUN Bukit Batu dengan 5,513 undi

8.18 malam: TIDAK RASMI - Bn mendahului di kerusi DUN Bukit Permai dengan majoriti 2,906 undi selepas 46 daripada 69 saluran dikira.

8.17 malam: TAK RASMI - Calon BN di DUN Kukup mendahului dengan 10,333 undi. Sebanyak 63 daripada 69 saluran sudah dikira.

8.15 malam: TAK RASMI - Menteri Besar Johor yang juga calon BN di DUN Benut, Datuk Hasni Mohammad mendahului dengan 8,778 undi. Sebanyak 43 daripada 54 saluran sudah dikira.

8.12 malam: TAK RASMI - BN dahului 43 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

8.11 malam: TAK RASMI - BN mendahului di DUN Kempas denhan 2,791 undi. Sebanyak 26 daripada 108 salurab sudah dikira.

8.11 malam: TIDAK RASMI - PH mendahului di DUN Skudai dengan majoriti 4,563 undi. Sebanyak 62 daripada 185 saluran sudah dikira.

8.10 malam: TAK RASMI - PH mendahului di kerusi DUN Skudai dengan majoriti 4,563 undi selepas 61 daripada 185 saluran dikira.

8.09 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Johor Jaya mendahului dengan 15,452 undi.

8.07 malam: TIDAK RASMI - BN mendahului dengan majoriti 1,637 undi di DUN Tiram. Sebanyak 47 daripada 175 saluran sudah dikira. Kerusi Tiram pada PRU-14 dimenangi oleh KEADILAN.

8.05 malam: TAK RASMI - Calon PH du DUN Bentayan mendahului dengan 7,713 undi.

8.05 malam: TAK RASMI - PH mendahului di kerusi DUN Johor Jaya dengan majoriti 3,559 undi selepas 92 daripada 155 saluran dikira.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir untuk melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir untuk melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

8.04 malam: TAK RASMI - BN mendahului di kerusi DUN Tiram dengan majoriti 1,630 undi selepas 45 daripada 175 saluran dikira.

8.03 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Senai mendahului dengan 8,866 undi.

8.03 malam: TIDAK RASMI - BN mendahului dengan majoriti tipis 705 undi di DUN Puteri Wangsa. Sebanyak 60 daripada 184 saluran sudah dikira.

PENGARAH PRN Johor BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir bagi keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
PENGARAH PRN Johor BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, hadir bagi keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

8.02 malam: TIDAK RASMI - BN mendahului dengan majoriti 1,652 di DUN Pasir Raja. Sebanyak 20 daripada 53 saluran sudah dikira.

7.59 malam: TAK RASMI - BN dahului 3,327 undi di kerusi DUN Kahang selepas 29 daripada 53 saluran selesai dikira.

7.58 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Johor Jaya mendahului dengan 14,231 undi.

7.57 malam: TAK RASMI - BN dahului 1,158 undi di kerusi DUN Paloh selepas 18 daripada 57 saluran selesai dikira.

7.56 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Penggaram mendahului dengan 12,566 undi.

7.55 malam: TAK RASMI - BN mendahului di kerusi DUN Layang-Layang dengan majoriti 426 undi selepas 11 daripada 50 saluran dikira.

PENGERUSI Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
PENGERUSI Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

7.50 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Penggaram mendahului dengan 11,057 undi.

7.50 malam: TAK RASMI - BN mendahului di kerusi DUN Larkin dengan 2,283 undi selepas 26 daripada 139 saluran dikira.

BENDAHARI Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hadir untuk melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
BENDAHARI Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hadir untuk melihat keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

7.47 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Penggaram mendahului dengan 10,481 undi.

7.46 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Senai mendahului dengan 5,825 undi.

7.45 malam: TAK RASMI - Calon BN di DUN Bekok mendahului dengan 3,483 undi.

7.45 malam: TAK RASMI - BN dahului 1,342 undi di kerusi DUN Parit Raja selepas 24 daripada 69 saluran selesai dikira.

7.44 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Pekan Nanas mendahului dengan 5,201 undi.

7.43 malam: TAK RASMI - Calon BN di Yong Peng mendahului dengan 6,612 undi.

7.41 malam: TAK RASMI - PH mendahului 592 undi di kerusi DUN Penggaran selepas sembilan daripada 123 saluran dikira.

7.41 malam: TAK RASMI - PH mendahului 728 undi di kerusi DUN Parit Yaani selepas 12 daripada 77 saluran dikira.

7.40 malam: TAK RASMI - BN dahului 1,102 undi di kerusi DUN Yong Peng selepas 14 daripada 63 saluran selesai dikira.

7.39 malam: TAK RASMI - Calon PH di DUN Perling mendahului dengan 11,358 undi

7.30 malam: TAK RASMI - PH dahului 1,548 undi di kerusi DUN Bentayan

7.25 malam:TAK RASMI - BN dahului penjumlahan undi di 40 kerusi DUN

6.30 petang: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi, dakwa BN dahului majoriti di 34 kerusi DUN Johor

6.48 petang: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada), di sini, malam ini.

Berita Harian X