JOHOR BAHRU: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula pagi ini bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Seramai 2,539,606 layak mengundi di 1,021 pusat mengundi, membabitkan 4,638 saluran.
Seramai 18,625 orang sudah menjalankan tanggungjawab mengundi awal pada 8 Mac lalu, membabitkan polis dan tentera serta pasangan, manakala seramai 36,729 lagi mengundi secara pos.
Berita Harian (BH) membawa laporan langsung proses pengundian PRN Johor daripada petugas kami, Junita Mat Rasid, Mohamed Farid Noh, Suzalina Halid, Luqman Arif Abdul Karim, Mahaizura Abd Malik, Mary Victoria Dass, Omar Ahmad, Mohamad Fadh Rahmat, Essa Abu Yamin, Ahmad Ismail dan Togi Marzuki serta jurugambar, Hairul Anuar Rahim, Shahril Badli Saali dan Nur Aisyah Mazalan di beberapa pusat pengundian.
6:02 petang: Muhammad Syazriq Mazehan 20, (kanan) kecewa kerana tidak dapat membuang undi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak Kluang, Johor selepas pusat mengundi di situ ditutup tepat 6 petang hari ini.
6.00 petang: Pemandu Arah Pusat Mengundi, Muhammad Taufiq Rashid (kanan) dan Airee Johar menutup pagar Sekolah Agama Taman Sri Lambak Kluang, Johor sekaligus menandakan berakhirnya hari mengundi bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.
6.00 petang: Tiga pengundi saat akhir, Jurufoto Utusan, Raja Jaafar Raja Ali (kiri) bergambar bersama dua lagi pengundi Hasnah Omar (tengah) dan Abd Malek Abd Rahman (kanan) di Pusat Mengundi Sekolah Mohd. Khir Johari Johor Bahru, Johor.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Statistik keluar mengundi bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 4:00 petang:
Peratus keseluruhan: 50%
Sumber: SPR— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) March 12, 2022
4.49 petang: SPR memaklumkan sejumlah 50 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 4 petang.
4.20 petang: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin masih beratur untuk memasuki pusat mengundi di pusat mengundi Sekolah Agama Bandar Baru Uda, di sini, petang ini.
4.15 petang: Pengantin baharu, Zaimah Nassir, 27, ditemani pasangannya, Faiq Basri, 29, selesai mengundi di pusat mengundi Dewan Kampung Melayu, sejurus selesai majlis persandingan mereka hari ini.
4.10 petang: Kira-kira dua jam lagi sebelum pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong, Kluang ditutup golongan muda mula menunaikan kewajipan membuang undi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Statistik keluar mengundi bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 3:00 petang:
Peratus keseluruhan: 46%
Sumber: SPR— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) March 12, 2022
3.50 petang: Statistik SPR menunjukkan sejumlah 46 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15, setakat jam 3 petang tadi.
3.30 petang: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pengundian di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjalan lancar dan selamat setakat ini, tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Polis juga juga tidak menerima laporan kekecohan atau pergaduhan di pusat mengundi. Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 11,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan memantau kelancaran proses mengundi di pusat-pusat mengundi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Statistik keluar mengundi bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 2:00 petang:
Peratus keseluruhan: 40%
Sumber: SPR— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) March 12, 2022
3.00 petang: SPR memaklumkan sejumlah 40 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 2 petang tadi.
2.30 petang: Keadaan lengang di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Perumahan Tampoi 2, Kempas Johor. Keadaan sama juga disaksikan di beberapa pusat mengundi di sekitar bandar raya ini .
2.00 petang: Beberapa pusat mengundi di sekitar bandar raya Johor Bahru dilihat lengang dengan tidak ramai pengundi hadir ke pusat mengundi. Tinjauan sejak pagi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Perumahan Tampoi 2 dan di SK Taman Sutera mendapati ramai datang seawal pusat mengundi dibuka, namun makin makin berkurangan pada jam 11 pagi dan terus lengang menjelang 12 tengah hari.
1.55 petang: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir meninjau kelancaran proses pengundian di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Perumahan Tampoi 2, di Kempas, jam 1.55 petang tadi. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed (kanan) dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani (tiga dari kiri).
12.00 tengah hari: Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat membantu pengundi kurang upaya ketika meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Nong Chik di sini.
12.00 tengah hari: Sejumlah 29 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 12 tengah hari.
11.00 pagi: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas selesai mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pusat Mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak
#PRNJohor: Kehadiran pengundi semakin meningkat menjelang tengah hari di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai.
Muhammad Faiz | BERNAMA pic.twitter.com/PHySmxYDjo— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022
#PRNJohor : Calon BN bagi DUN Kahang R.Vidyananthan telah mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak, Kluang pada pukul 11.10 pagi.
Ratcharathan | BERNAMA pic.twitter.com/oti0lCAcGD— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022
10.56 pagi: Bendahari Barisan Nasional (BN) yang juga ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan calon BN DUN N. 31 Kahang R Vidyananthan tiba di Sekolah Agama Taman Sri Lambak bagi melaksanakan tanggungjawab membuang undi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.
#PRNJohor: Sebanyak 13 peratus telah keluar mengundi setakat 10 pagi ini - @sprgovmy pic.twitter.com/lQnZaILYDr
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022
10.00 pagi: Calon Barisan Nasional.(BN) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Tengku Mahmood Iskandar 2 (TMIS 2).
9.39 pagi: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diiringi calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Liew Chin Tong, tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, bagi menunaikan tanggungjawanb sebagai pengundi di DUN berkenaan.
#PRNJohor Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diiringi calon Pakatan Harapan bagi DUN Perling, Liew Chin Tong, tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, bagi menunaikan tanggungjawanb sebagai pengundi di DUN berkenaan. - Video NSTP pic.twitter.com/Ci7TqjFwGy
— Berita Harian (@bharianmy) March 12, 2022
9.39 pagi: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diiringi calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Liew Chin Tong, tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, bagi menunaikan tanggungjawanb sebagai pengundi di DUN berkenaan.
9.30. pagi: Calon Barisan Nasional.(BN) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kukup, Datuk Jefridin Atan mengundi di.Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Serkat, Kukup Pontian.
9.17pagi: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi DUN Maharani.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bagi menjalankan tanggungjawab mengundi bagi DUN Maharani. - Video NSTP pic.twitter.com/RRLWc5CbG9
— Berita Harian (@bharianmy) March 12, 2022
Calon Barisan Nasional, Pandak Ahmad bersama ayah, ibu serta isterinya selesai mengundi di pusat mengundi bagi DUN Kota Iskandar di SK Sungai Melayu.
Adil Muzaffar | BERNAMA pic.twitter.com/qksbQtOKci— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022
9.05 pagi: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bagi menjalankan tanggungjawab mengundi bagi DUN Maharani.
9.04 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zahari Sarip menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi
#PRNJohor Pengundi pertama Pusat Pembuangan Undi di Balai Raya Taman Suria di Buloh Kasap, Calon DUN Buloh Kasap N01, Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zahari Sarip menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi juga membantu pengundi warga emas berkerusi roda. - Video NSTP pic.twitter.com/I5AJGo88rm
— Berita Harian (@bharianmy) March 12, 2022
#PRNJohor : Calon Pejuang bagi DUN Kempas Nornekman Osman bersama ahli keluarganya selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN Larkin di SK Larkin (1), Johor Bahru, kira-kira 9 pagi.
Muhammad Saufe Rosman | BERNAMA pic.twitter.com/dRwLRZ0evx— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022
9.00 pagi: Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Nornekman Osman, bersama keluarganya selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Larkin 1, Johor Bahru.
9.00 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Johor Jaya, Chan San San hadir mengundi di Sekolah Agama Tun Hussien Onn Plentong, Masai.
8.45 pagi.:Calon Barisan Nasional (BN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Puteri, Bukit Batu.
8.45 pagi: Masalah kesihatan tidak menghalang Nur Shafiqah Mah Singai Annal , 60, untuk menunaikan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 1, Johor Bahru.
#PRNJohor : Proses sanitasi akan dijalankan setiap sejam di kesemua saluran di Pusat Mengundi N.52 Senai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 1.
Syed Iylia | BERNAMA pic.twitter.com/BloVL5Zq6i— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022
#PRNJohor Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Solihan Badri, selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundang Ulu bagi DUN itu. - Video NSTP pic.twitter.com/jzYYU6yUd0
— Berita Harian (@bharianmy) March 12, 2022
8.30 pagi: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Solihan Badri yang juga penyandang DUN Tenang selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundang Ulu bagi DUN itu.
8.23 pagi: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Kepong.
8.30 pagi: Calon MUDA bagi DUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz, tiba untuk mengundi di Dewan Kampung Melayu Majidee.
8.15 pagi: Rosnah Suliman, 37, bersama bapa dan dua adiknya menjadi antara pengundi terawal yang selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Larkin 1, Johor Bahru.
#PRNJohor 8:15 pagi : Pengundi, Chang Yew Chong, 83, mengundi bagi Dun Perling di SK Taman Sutera, Johor Bahru. - Video NSTP pic.twitter.com/weEWfb5USb
— Berita Harian (@bharianmy) March 12, 2022
8:15 pagi : Pengundi, Chang Yew Chong, 83, mengundi bagi Dun Perling di SK Taman Sutera, Johor Bahru
8.07 pagi: Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin tiba untuk membuang undi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1, Masai, di sini, hari ini.
8.08 pagi: Pengundi pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Azman Ali, 59, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar.Secara keseluruhan terdapat kira-kira 38,000 pengundi di DUN Maharani
7.56 pagi: Orang ramai mula membanjiri pekarangan Dewan Kampung Melayu Majidee, bagi membuang undi yang bakal dibuka tepat jam 8 pagi.
7:52 pagi : Pengundi beratur mengikut SOP yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk mengundi bagi Dun Perling di SK Taman Sutera, Johor Bahru
#PRNJohor Pengundi beratur mengikut SOP yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk mengundi di SK Taman Sutera, Johor Bahru. - Video NSTP pic.twitter.com/UDgNenatln
— Berita Harian (@bharianmy) March 11, 2022
7:52 pagi : Pengundi beratur mengikut SOP yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk mengundi di SK Taman Sutera, Johor Bahru
7.50 pagi: Puluhan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani sudah mula beratur di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar bagi menjalankan tanggungjawab itu pada jam 8 pagi nanti
#PRNJohor Petugas SPR membawa masuk kotak undi ke pusat mengundi DUN N15 Maharani sebagai persiapan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di SMK Seri Muar, Johor. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM pic.twitter.com/R0wBK4FTFs
— Berita Harian (@bharianmy) March 11, 2022
Maimunah Abdul Rahim, 69 (kiri), tiba seawal 7.30 pagi untuk mengundi sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pusat Mengundi Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. - Foto NSTP/MOBAMAD SHAHRIL BADRI SAALI