Jumaat, 11 March 2022 | 11:38am
 Pemandangan udara kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang. NSTP/AIZUDDIN SAAD
Pemandangan udara kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang. NSTP/AIZUDDIN SAAD
Penduduk membawa keluar barangan peribadi untuk berpindah susulan lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD
Penduduk membawa keluar barangan peribadi untuk berpindah susulan lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

'Tak sangka adik ipar mangsa tanah runtuh'

AMPANG: "Saya turut melihat insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai, menerusi media sosial, namun tidak menyangka adik ipar adalah antara mangsa terbabit nahas itu," kata Jagen Perisamy.

Jagen, 45, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata beliau kemudian mendapat makluman mengenai kejadian itu turut menimpa mendiang A Magindran, 37, daripada isterinya selepas tiba di rumah.

Berkongsi detik pilu itu, Jagen berkata, isterinya ketika itu sudah bersedia untuk tidur, namun secara tiba-tiba berlari keluar bilik sambil menangis dan menceritakan kejadian terbabit.

"Ketika itu saya sedang bermain dengan anak saudara dan isteri sudah masuk bilik untuk mandi, seterusnya tidur. Tiba-tiba dia (isteri) berlari sambil menangis dan menceritakan kejadian menimpa adiknya.

"Isteri saya memaklumkan adiknya sudah tertimbus dalam runtuhan tanah dan tidak tahu sebarang perkembangan lanjut. Saya kemudian membuat banyak panggilan telefon untuk mengesahkan keberadaan dan status adik ipar," katanya kepada media hari ini.

Mendiang Magindran adalah antara empat mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan tanah di Taman Bukit Permai, kira-kira jam 5.30 petang semalam, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan cedera.

Insiden tanah runtuh itu menyebabkan kerosakan 15 unit rumah teres dua tingkat dengan dua daripada rumah itu tertimbus sepenuhnya, selain 10 kenderaan turut tertimbus.

Berita Harian X