Khamis, 10 March 2022 | 9:42pm
Keadaan di lokasi kejadian dimana pasukan penyelamat masih bertungkus lumus mencari baki mangsa yang dipercayai masih terperangkap - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Keadaan di lokasi kejadian dimana pasukan penyelamat masih bertungkus lumus mencari baki mangsa yang dipercayai masih terperangkap - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Tanah runtuh: Mangsa kedua ditemui

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun, yang juga mangsa kedua dibawa keluar dari runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2, Ampang, jam 9.10 malam ini.

Mangsa berkenaan adalah isteri kepada mangsa pertama yang diselamatkan pada jam 6.54 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata wanita warga emas terbabit ditemui dalam rumah No 2, yang terletak bersebelahan lokasi tanah runtuh di Jalan T1/2J.

Wanita berkenaan kemudian dibawa ke pusat perubatan dengan ambulans.

Mohamad Farouk, berkata pada masa ini pasukan keselamatan di lokasi kejadian tanah runtuh sedang berusaha mengesan kedudukan baki mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

Berita Harian X