Khamis, 10 March 2022 | 8:25pm
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengesan tida lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai. - FOTO IHSAN JBPM SELANGOR
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengesan tida lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai. - FOTO IHSAN JBPM SELANGOR

Tanah runtuh: Kedudukan mangsa kedua dikesan

KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat mengesahkan kedudukan seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang, di sini, berjaya dikenal pasti.

Sumber berkata, ketika ini usaha mengeluarkan mangsa yang dikatakan seorang wanita itu sedang dilakukan anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

"Mangsa terbabit iaitu seorang wanita dikesan jam 7.53 malam tadi. Setakat ini status sama ada mangsa masih hidup atau sebaliknya belum dapat dipastikan," katanya.

Sebelum ini dilaporkan sekurang-kurangnya empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, dengan sehingga kini seorang berjaya dibawa keluar dengan selamat.

Kejadian turut menyebabkan 15 kediaman terjejas dengan empat tertimbus sepenuhnya, manakal 10 kenderaan turut dihempap runtuhan tanah.

Berita Harian X