Khamis, 10 March 2022 | 7:24pm
Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa dalam kejadian tanah runtuh - Foto NSTP/Ihsan bomba
Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa dalam kejadian tanah runtuh - Foto NSTP/Ihsan bomba

Tanah runtuh: Seorang mangsa dikeluarkan, selamat

KUALA LUMPUR: Seorang penduduk di rumah teres yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, petang tadi, berjaya diselamatkan.

Mangsa lelaki itu berjaya dikeluarkan pada jam 6.54 petang itu dan didapati mengalami kecederaan ringan.

Pada masa ini usaha mengesan tiga lagi mangsa sedang dilakukan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya juga pada masa ini sedang mengesan kemungkinan terdapat lagi mangsa-mangsa lain yang turut tertimbus.

"Pada masa ini usaha menyelamatkan mangsa masih dijalankan namun kita perlu berhati-hati kerana pergerakan tanah masih berlaku di lokasi kejadian," katanya.

Berita Harian X