Khamis, 10 March 2022 | 9:00am
Sebanyak 113 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi. - Foto hiasan Bernama
Sebanyak 113 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi. - Foto hiasan Bernama

113 kematian akibat COVID 19 dilaporkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 113 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 33,497.

Laman web COVINOW melaporkan, daripada jumlah kematian itu, 41 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 6,955 kes.

Sementara itu, menurut portal GitHub, Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12) dan Pulau Pinang (10).

Negeri yang mencatatkan kematian di bawah 10 kes adalah Pahang dengan sembilan kes diikuti, Perak (tujuh), Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) serta Melaka, Perlis, Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 30,246 kes COVID -19 dan termasuk 29,828 penularan tempatan dan 418 kes import.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 310,160 kes aktif dilaporkan, termasuk 388 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 225 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 26,653 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 3,711,199.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/deaths
https://covidnow.moh.gov.my/bm/deaths

Berita Harian X