Selasa, 8 March 2022 | 12:28am
Bekalan elektrik kepada 37 daripada 40 kawasan di sekitar ibu negara yang terjejas akibat banjir kilat sejak petang tadi dipulihkan sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat jam 10 malam ini.
Bekalan elektrik kepada 37 daripada 40 kawasan di sekitar ibu negara yang terjejas akibat banjir kilat sejak petang tadi dipulihkan sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat jam 10 malam ini.

Banjir kilat di KL: TNB pulihkan bekalan ke 37 kawasan

KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik kepada 37 daripada 40 kawasan di sekitar ibu negara yang terjejas akibat banjir kilat sejak petang tadi dipulihkan sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat jam 10 malam ini.

Tiga lagi kawasan yang masih terjejas akibat penutupan bekalan elektrik sementara oleh TNB adalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Impiana Hotel KLCC dan Menara Perak.

Bekalan terpaksa dihentikan sementara demi keselamatan pengguna.

Pasukan teknikal TNB sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan yang akan disalurkan secara berperingkat.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada apabila hujan lebat yang menenggelamkan pepasangan TNB.

"Kesabaran dan keprihatinan pengguna semasa kerja-kerja baik pulih sedang berjalan amat dihargai," kata TNB dalam kenyataan malam ini.

Untuk pertanyaan mengenai bekalan elektrik dan aduan berkaitan pepasangan TNB, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine.

Berita Harian X