Isnin, 7 March 2022 | 9:48pm
Mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman. - NSTP/Fathil Asri
Mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman. - NSTP/Fathil Asri

Dua pusat pemindahan dibuka di ibu kota

KUALA LUMPUR: Seramai 251 mangsa banjir dari dua kampung di sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Tamil (SKT) Saraswati setakat jam 7 malam tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata seramai 101 orang mangsa dari Kampung Periuk, Kampung Baru di sini ditempatkan di PPS Dewan Sultan Sulaiman manakala seramai 150 orang dari Kampung Hujung Pasir pula ditempatkan di SKT Saraswati.

"Sebanyak 23 kawasan di Kuala Lumpur telah dinaiki air akibat hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi dan keadaan banjir kini semakin surut.

"Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut telah menggerakkan pam di kawasan yang dinaiki air dan Insya-Allah air telah mulai surut sejak sejam lepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Dewan Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman. - NSTP/Fathil Asri
Mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman. - NSTP/Fathil Asri

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Nor Faridah Abdul Rashid, 63, berkata air mulai naik selepas 30 minit hujan lebat bermula.

"Rumah saya berbentuk tradisional, bahagian depan rumah terletak kira-kira empat kaki tinggi daripada tanah, masa kejadian, bahagian dapur telah dimasuki air," katanya.

Mohd Roslan Shamsuddin, 39, pula berkata, beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan di rumahnya kerana sedang bekerja.

"Selepas habis kerja saya pulang ke rumah dan dapati rumah saya dinaiki air sedalam paras pinggang, barang-barang seperti televisyen, katil dan tilam semua rosak akibat banjir," katanya semasa ditemui di PPS itu.

Beliau juga berharap pihak bertanggungjawab dapat memperbaiki sistem perparitan di sekitar Kuala Lumpur agar kejadian banjir dapat diatasi. – BERNAMA

Mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman. - NSTP/Fathil Asri
Mangsa banjir dari Kampung Periuk, Kampung Baru di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman. - NSTP/Fathil Asri

Berita Harian X