X
Isnin, 7 March 2022 | 2:31pm
Sebahagian sarang kelulut milik Aida Jameelia Mohd, 31, dari Kampung Paya Besar musnah ditenggelami air. - Foto NSTP/Ihsan Aida

Luluh hati lihat semua sarang kelulut ditenggelami air

KUALA BERANG: Seorang penternak kelulut mengalami kerugian lebih RM20,000 apabila 35 sarang kelulut miliknya ditenggelami air susulan banjir besar yang berlaku pada 27 Februari lalu.

Aida Jameelia Mohd, 31, dari Kampung Paya Besar, berkata dia tidak sempat menyelamatkan 35 sarang kelulut yang diternak sejak 2005 itu.

"Luluh hati saya melihat kesemua sarang kelulut ditenggelami air dan sebahagiannya dihanyutkan air deras.

"Paling menyayat hati apabila melihat kelulut mati di dalam sarang.

"Kelulut memang setia dengan ratu oleh itu ia tidak akan lari daripada sarang walaupun sarangnya ditenggelami air," katanya.

Menurutnya, air naik terlalu cepat menyebabkannya tidak sempat mengalihkan sarang kelulut itu ke tempat yang lebih tinggi.

"Jika diikutkan sarang kelulut itu berada di tempat tinggi iaitu satu meter daripada tanah, tetapi paras banjir kali ini lebih tinggi.

"Segala usaha saya selama 17 tahun musnah sekelip mata dan sekarang hilang punca pendapatan daripada ternakan kelulut itu.

"Semua sarang kelulut itu sudah memberikan hasil pada setiap bulan iaitu sebanyak 17 kilogram madu bersamaan RM2,550 sebulan," katanya.

Menurutnya, dia memang berasa lemah semangat apabila mengenangkan kejadian dan kerugian yang dialami.

"Bagaimanapun, saya akan tetap meneruskan penternakan itu dan sanggup bermula semula.

"Memandangkan bencana banjir tidak dapat dijangka, saya akan menempatkan sarang kelulut itu di tempat yang lebih tinggi supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Berita Harian X