Sabtu, 5 March 2022 | 1:19pm

PM umum tarikh buka sempadan minggu hadapan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selepas Kabinet yang bersidang semalam bersetuju dengan tarikh pembukaan sempadan itu.

Bagaimanapun, tiada tarikh khusus pembukaan sempadan dinyatakan beliau.

"Semalam Kabinet sudah bersetuju dengan tarikh berkenaan, tinggal mahu diumumkan sahaja.

"Perdana Menteri akan umumkan dan tidak bermaksud ia akan dibuka terus minggu depan, tetapi pengumuman ini akan memberi sedikit masa kepada pihak dalam sektor dan industri pengembaraan dan pelancongan.

"Antaranya sektor penerbangan, Jabatan Imigresen, perhotelan dan sebagainya untuk melakukan persediaan terbaik," katanya ketika melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis, di sini hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Datuk Dr Zaki Morad.

BH sebelum ini melaporkan, kerajaan menjangkakan membuka pintu sempadan negara sepenuhnya pada awal suku kedua tahun 2022 selepas selesai menyediakan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) tidak lama lagi.

KKM juga diarahkan untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan berkenaan.

Deretan lori dan treler yang memasuki negara melalui Kompleks ICQ Bukit Kayu Hitam ketika tinjauan udara di sempadan Malaysia-Thailand. - Foto fail NSTP/Luqman Hakim Zubir
Deretan lori dan treler yang memasuki negara melalui Kompleks ICQ Bukit Kayu Hitam ketika tinjauan udara di sempadan Malaysia-Thailand. - Foto fail NSTP/Luqman Hakim Zubir
Berita Harian X