Jumaat, 4 March 2022 | 10:24am
Antara rumah penduduk yang ditenggelami banjir di Kelantan, semalam. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Antara rumah penduduk yang ditenggelami banjir di Kelantan, semalam. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tinggal 4,514 mangsa banjir di Kelantan

Kota Bharu: Bah di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 4,514 orang, setakat jam 9 pagi tadi, berbanding 5,691 petang semalam.

Mangsa banjir membabitkan 1,459 keluarga itu berada di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Tumpat.

Mereka terdiri daripada 1,342 lelaki dewasa, 1,574 wanita dewasa, 803 kanak-kanak lelaki, 748 kanak-kanak perempuan dan 74 bayi.

Keadaan cuaca yang baik juga menyebabkan tiga PPS di Pasir Mas ditutup, petang semalam, berikutan semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan kepada 3,829 orang yang berada di 11 PPS, manakala di Tumpat pula 685 di empat PPS.

Antara PPS yang masih aktif di Pasir Mas ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dengan 978 mangsa banjir, SK Gelang Mas (808), SK Gual Periok (637) dan Masjid Mukim Padang Licin (224)

Mangsa banjir di Tumpat pula berlindung di PPS SK Sri Tumpat 2 (196), SK Pengkalan Kubor 2 (253), SK Bunohan (226) dan SK Kelaboran (10).

Berita Harian X