Rabu, 2 March 2022 | 7:46am
Jumlah mangsa banjir terus meningkat yang kini mencecah 26,829 orang di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan dan Selangor. - Foto NSTP
Jumlah mangsa banjir terus meningkat yang kini mencecah 26,829 orang di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan dan Selangor. - Foto NSTP

Lebih 26,000 mangsa banjir di tiga negeri

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir terus meningkat yang kini mencecah 26,829 orang di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan dan Selangor, sehingga jam 4 pagi tadi.

Negeri tertinggi mencatat mangsa banjir adalah Terengganu dengan 17,759 mangsa, diikuti Kelantan seramai 9,056 mangsa dan Selangor (14 orang).

Mengikut Laporan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),

sebanyak 88 PPS dibuka di Terengganu dan 30 di Kelantan, manakala satu PPS di Selangor.

Bilangan keseluruhan keluarga terbabit dalam bencana itu pula ialah 7,690 dengan 4,692 di Terengganu, Kelantan (2,995) dan Selangor (tiga).

Daerah di Kelantan yang terjejas banjir adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu, serta Gombak di Selangor.

Berita Harian X