Isnin, 28 Februari 2022 | 9:50am
Empat sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Empat sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

4 sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya

KOTA BHARU: Empat sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang.

Paras air Sungai Golok menunjukkan trend penurunan dengan bacaan 10.55 meter (m) berbanding tengah hari semalam 10.71 m.

Menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Jenob pula dengan bacaan 25.12 m, Sungai Kelantan di Kusial (16.19 m) dan Sungai Kelantan di Temangan (22.02 m).

Dua sungai lain melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (4.25 m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam (4.27 m).

Selain itu, lima sungai yang melebihi paras waspada ialah Sungai Lebir di Kampung Tualang (33.29 m), Sungai Lebir di Kampung Karangan, Kuala Krai (29.66 m), Sungai Pergau, Jeli (71.63 m), Sungai Lanas, Jeli (28.54 m) dan Sungai Semerak, Pasir Puteh (2.12 m).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha, berkata air sungai utama termasuk

Sungai Golok menunjukkan trend menurun.

Katanya, ini berikutan keadaan cuaca yang agak baik menyebabkan kebanyakan paras sungai utama turun.

"Namun, JPS akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan bacaan paras air sungai sekali gus dapat memberi peringatan kepada penduduk supaya berada dalam keadaan bersiap sedia jika lokasi mereka dinaiki air,"

katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita Harian X