Isnin, 28 Februari 2022 | 8:44am

Mangsa banjir terus meningkat di Kelantan

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8,439 orang pagi ini, berbanding 6,316 mangsa petang semalam.

Kesemua mangsa membabitkan 2,745 keluarga itu ditempatkan di 70 pusat pemindahan di tujuh daerah.

Sehingga kini, tujuh daerah di Kelantan dilanda banjir iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Machang.

Penduduk berpindah ke tempat yang selamat selepas rumah digenangi air. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Penduduk berpindah ke tempat yang selamat selepas rumah digenangi air. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 4,716 mangsa yang berpindah ke 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kuala Krai pula merekodkan 1,872mangsa banjir yang ditempatkan di 17 PPS diikuti Tanah Merah seramai 747 mangsa di 15 PPS dan Jeli membabitkan 531 mangsa di tujuh PPS.

Penduduk berpindah ke tempat yang selamat selepas rumah digenangi air. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Penduduk berpindah ke tempat yang selamat selepas rumah digenangi air. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pasir Puteh pula merekodkan 283 mangsa banjir yang ditempatkan di enam PPS, Machang mencatatkan 270 mangsa di lima PPS diikuti Kota Bharu 20 mangsadi satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan eBanjir Kelantan, sebanyak 24 laluan ditutup kepada semua kenderaan dan kenderaan ringan berikutan jalan berkenaan dinaiki air.

Penduduk berpindah dan mengangkat barang-barang keperluan ke tempat yang selamat selepas rumah digenangi air setinggi 1.5 meter ketika tinjauan di Taman Perumahan Prima Pasir Mas, dan Taman Kampung Wira.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Berita Harian X