Ahad, 27 Februari 2022 | 7:59pm
Wan Ashraf Wan Salam, 26, menggunakan kolam kanak-kanak sebagai pelampung untuk menyelamatkan kucing peliharaannya selepas Taman Wira Jaya, Lubuk Jong, Pasir Mas, dinaik air. - BERNAMA
Wan Ashraf Wan Salam, 26, menggunakan kolam kanak-kanak sebagai pelampung untuk menyelamatkan kucing peliharaannya selepas Taman Wira Jaya, Lubuk Jong, Pasir Mas, dinaik air. - BERNAMA

Banjir Kelantan makin buruk, 6,316 penduduk dipindahkan

KOTA BHARU: Banjir Kelantan di Kelantan semakin buruk apabila seramai 6,316 mangsa dipindahkan sehingga jam 6 petang tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 2,092 keluarga itu ditempatkan di 64 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah. Ia membabitkan daerah Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Machang.

Penduduk Taman Perumahan Prima Pasir Mas, dan Taman Kampung Wira di sini hari ini.mengangkat barang keperluan selepas petempatan mereka digenangi air setinggi 1.5 meter ekoran hujan lebat tiga hari. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 3,433 orang yang berpindah ke 14 PPS.

Kuala Krai pula merekodkan 1,173 mangsa ditempatkan di 16 PPS, diikuti Tanah Merah dengan 673 mangsa di 15 PPS dan Jeli membabitkan 636 mangsa di lapan PPS.

Sebahagian mangsa banjir terperangkap berikutan hujan lebat berkumpul di surau Taman Perumahan Prima, Lubuk Jong, Pasir Mas. - BERNAMA
Sebahagian mangsa banjir terperangkap berikutan hujan lebat berkumpul di surau Taman Perumahan Prima, Lubuk Jong, Pasir Mas. - BERNAMA

Pasir Puteh pula merekodkan 206 mangsa yang ditempatkan di enam PPS, Machang dengan 172 mangsa di tiga PPS dan Kota Bharu dengan 13 mangsa di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan eBanjir Kelantan, sebanyak 24 laluan ditutup kepada semua kenderaan dan kenderaan ringan berikutan jalan berkenaan dinaiki air.

Berita Harian X