Sabtu, 26 Februari 2022 | 7:01am
Tujuh calon PRN Johor bagi kerusi N47 Kempas bergambar selepas menghantar borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas. - Foto Mary Victoria Dass
Tujuh calon PRN Johor bagi kerusi N47 Kempas bergambar selepas menghantar borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas. - Foto Mary Victoria Dass

LANGSUNG penamaan calon PRN Johor

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula dengan proses penamaan calon bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi ini.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung proses penamaan calon daripada petugas kami, Junita Mat Rasid, Mohamed Farid Noh, Suzalina Halid, Luqman Arif Abdul Karim, Mahaizura Abd Malik, Mary Victoria Dass, Omar Ahmad, Essa Abu Yamin dan Togi Marzuki serta jurugambar, Hairul Anuar Rahim, Shahril Badli Saali dan Nur Aisyah Mazalan di beberapa pusat penamaan calon.

10:43 pagi: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi (dua dari kanan) berhadapan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Calon Pejuang, Md Taib Md Suhut (dari kiri) bersama calon PN, Datuk Dr Sahruddin Jamal, calon MUDA, Nurafiqah M Zulkifli dan calon BN, Ismail Mohamad bergambar selepas selesai majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong di Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, Muar. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

10:30: Kesemua 6 calon layak bertanding pada PRN Johor bergambar bersama di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru

10.25 pagi: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong sah menyaksikan perlawanan empat penjuru antara parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG)dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tanpa pembabitan calon bebas apabila masa bagi penyerahan kertas penamaan calon ditutup jam 10 pagi. Calon pertama menghantar kertas penamaan calon ialah Md Taib dari PEJUANG diikuti calon PN  yang juga penyandang DUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal; BN diwakili calon Ismail Mohamad dan MUDA (Nurafiqah M Zulkifli).

10.17 pagi: Keempat-empat calon bagi DUN Sedili menjalani undi bagi menentukan nombor calon yang akan dicetak pada kertas pengundian.

10 pagi: Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya (SPR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Rahaman @ Abdul Rahman Selamat mengumumkan masa bagi penyerahan kertas penamaan calon ditutup sebentar tadi di Dewan Karisma IKBTN Pagoh.

Antara Calon yang bertanding di DUN Larkin hadir di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru. - Foto NSTP/ NUR AISYAH MAZALAN

10 pagi: Pegawai Pengurus N44 Larkin, Datuk Abdul Rahman Salleh mengisytiharkan waktu penerimaan borang calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru tamat

10 pagi: Pegawai Pengurus SPR, Syed Muhammad Khalil Syed Ahmad, mengumumkan proses penamaan calon bagi DUN Sedili ditutup, sejak dibuka tepat pada jam 9 pagi tadi. Sehingga kini, empat individu, masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan pencalonan untuk proses saringan.

9.26 pagi: Calon Bebas, Adzrin Adam, 46, tiba untuk menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, di Dewan Raya Taman Pelangi Indah menjadikan setakat ini enam calon menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd.Noh menasihati penyokong parti agar menjaga SOP di Dewan Serbaguna Bandar Utama, Segamat

9.16 pagi: Antara calon yang menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas.

9.15 pagi: Calon Perikatan Nasional, Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas, yang lengkap berpakain baju Melayu tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Sedili. Beliau ditemani penyokong, Mustaffa Bidon dan pencadang, Azmi Abu.

9.10 pagi: Calon Barisan Nasional (BN), Saraswathi Nallathamby tiba di Dewan Bandar Utama, Segamat.

9.10 pagi: Calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Rengit di Dewan Makmur Rengit, Batu Pahat.

9.08 pagi: Calon Parti Pejuang Tanahair, Tariq Ismail Mustafa, tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Sedili, ditemani penyokong, Farah Farhana Jamaludin dan pencadang, Saniah Ahmad.

9.05 pagi - Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong (kanan) yang mewakili Pakatan Harapan (PH), tiba bersama pencadangnya yag juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

9.05 pagi: Calon Pejuang, Nornekman Osman hadir ke proses penamaan calon Kempas di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas.

9.00 pagi: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Benut bersama penyokong dan pencadangnya.

9.00 pagi: Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Wong Kian Yong,42, menerima tawaran kompaun bernilai RM1,000 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala wartawan Malaysia Gazatte, Khairulanuar Yahaya, 47, menerima amaran terakhir secara lisan didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mendapatkan maklumat daripada calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bah

9.00 pagi: Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis Maharan hadir ke proses penamaan calon Kempas di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas.

9.00 pagi.: Calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Puad Zarkashi mewakili UMNO tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Rengit di Dewan Makmur Rengit, Batu Pahat.

9.00 pagi: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik (PKR) sudah memasuki Pusat Penamaan Calon DUN Layang - layang di Dewan Majis Daerah Simpang Renggam, Kluang.

8.57: Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang) menjadi calon terakhir tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

8.55 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH), Mat Khairi Samsudin tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Sedili. Beliau ditemani penyokong, Siti Amik Jaelan dan pencadang, Musa Wagiman.

8.55: Calon Bebas, Norramadan Buan hadir di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

8.54: Bekas wartawan dan setiausaha akhbar Zulkifli Bujang (PN) tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

8.52 pagi: Bendahari Cabang PKR Pasir Gudang yang juga calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

8.49 pagi: Calon Perikatan Nasional (PN), Naib Presiden Parti GERAKAN, Khoo Siaw Lee, tiba di di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Baru.

8.49 pagi: Calon Barisan Nasional (BN), Muszaidi Makmor, ditegur oleh penguat kuasa SPR kerana membawa rombongan dan berarak ke Pusat Penamaan Calon DUN Sedili. Selepas dinasihatkan, kira-kira 20 penyokong yang menyertai perarakan sambil berselawat, bermula dari pusat gerakan BN, dekat sini akur dengan arahan penguat kuasa SPR dan mengambil keputusan untuk bersurai.

8.45 pagi - Calon Barisan Nasional (BN), Tan Hiang Kee tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Baru

8.45 pagi: Calon daripada Perikatan Nasional (PN) Mohammad Huzair Lajis mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Rengit di Dewan Makmur Rengit, Batu Paha

8.40 pagi: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Ramlee Bohani (BN), tiba ke Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas bagi proses penamaan calon PRN Johor.

8.35 pagi: Calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong (tengah) tiba Pusat Penamaan Calon N41 Putreri Wangsa di Dewan Raya Taman Pelangi Indah

8.30 pagi: Calon, parti PEJUANG, Norizan Sahardin tiba di Dewan Bandar Utama, Segamat

Proses penamaan calon di sembilan DUN daerah Batu Pahat, berjalan lancar. - Foto fail NSTP
Proses penamaan calon di sembilan DUN daerah Batu Pahat, berjalan lancar. - Foto fail NSTP

8.30 pagi: Calon daripada Pakatan Harapan, Khairuddin A Rahim mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Rengit di Dewan Makmur Rengit, Batu Pahat.

8.25 pagi: Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Iskandar Noor Ibrahim, cuba memasuki Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Benut dengan kenderaannya, namun diarahkan untuk meletakkan keretanya itu di luar dewan dan berjalan memasuki PPC.

Calon MUDA, Nurafiqah M Zulkifli (tengah) di Pusat Penamaan Calon di Dewan IKTBN Pagoh. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Calon MUDA, Nurafiqah M Zulkifli (tengah) di Pusat Penamaan Calon di Dewan IKTBN Pagoh. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

8.30 pagi: Ketua Pemuda Umno Johor Hairi Md Shah mewakili Barisan Nasional (BN) tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

Calon Parti PEJUANG bagi DUN N41 Puteri Wangsa, Dr Khairil Anwar Razali (tengah) tiba di pusat penamaan calon. - Foto BERNAMA
Calon Parti PEJUANG bagi DUN N41 Puteri Wangsa, Dr Khairil Anwar Razali (tengah) tiba di pusat penamaan calon. - Foto BERNAMA

8.25 pagi: Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Rasid Abu Bakar menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

8.22 pagi: Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Suraya Sulaiman (tengah) menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Gambir.

Calon MUDA bagi DUN N41 Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Raya Taman Pelangi Indah. - Foto BERNAMA
Calon MUDA bagi DUN N41 Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Raya Taman Pelangi Indah. - Foto BERNAMA

8.16 pagi: Anggota polis mengawal lalulintas di luar Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

8.15 pagi: Calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid, adalah calon pertama yang tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Benut.

Calon BN, Ismail Mohamad (tengah) ketika hadir ke Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Calon BN, Ismail Mohamad (tengah) ketika hadir ke Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

8:07 pagi: Petugas SPR bersiap sedia di Pusat Penamaan Calon DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

Wakil media hanya dibenarkan menunggu di luar dewan IKTBN Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Wakil media hanya dibenarkan menunggu di luar dewan IKTBN Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

8.04 pagi: Suasana di luar Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Suasana Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling. - Foto BERNAMA
Suasana Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling. - Foto BERNAMA

8.04 pagi: Anggota trafik menutup jalan menuju ke pusat penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Dewan Serbaguna Benut, Johor. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Anggota polis berkawal di hadapan Pusat Penamaan Calon di Dewan Raya Taman Pelangi Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN). - Foto BERNAMA
Anggota polis berkawal di hadapan Pusat Penamaan Calon di Dewan Raya Taman Pelangi Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN). - Foto BERNAMA

8.04 pagi: Calon Pejuang, Md Taib Md Suhut hadir ke Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

7.56 pagi: Anggota trafik menutup jalan menuju ke pusat penamaan calon bagi PRN Johor di Dewan Serba Guna Benut, Johor.

Calon Pakatan Nasional (PN) Nur Faizal Abdullah tiba ke perkarangan Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas.
Calon Pakatan Nasional (PN) Nur Faizal Abdullah tiba ke perkarangan Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas.

8.00 pagi: Calon Pakatan Nasional (PN) Nur Faizal Abdullah tiba ke perkarangan Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas.

Anggota polis mengawal sekitar kawasan pusat penamaan calon di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam. - Foto BERNAMA
Anggota polis mengawal sekitar kawasan pusat penamaan calon di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam. - Foto BERNAMA

7.55 pagi: Calon dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Md Taib Md Suhut tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Kepong di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) Pagoh.

Anggota polis mengawal lalu lintas di luar dewan IKTBN Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Anggota polis mengawal lalu lintas di luar dewan IKTBN Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

7.50 pagi: Polis mengawal keadaan di luar Pusat Penamaan Calon DUN Larkin di Dewan JKR (D) Johor Bahru.

Calon PEJUANG, Md Taib Md Suhut hadir ke Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Calon PEJUANG, Md Taib Md Suhut hadir ke Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

7.29 pagi: Jururawat dan pembantu pegawai perubatan membuat persiapan di Pusat Penamaan Calon DUN Sedili bagi mengendalikan saringan RTK antigen terhadap individu yang ingin mengemukakan pencalonan. Sekiranya positif, khemah khas ditempatkan di sebelah dewan bagi tindakan selanjutnya. Hanya yang disahkan negatif, dibenarkan masuk ke dewan.

Anggota polis mengawal lalu lintas di luar Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Anggota polis mengawal lalu lintas di luar Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

7.10 pagi: Petugas SPR mencabut dan menurunkan deretan bendera yang berada di perkarangan Pusat Penamaan Calon DUN Sedili. Menurut Pegawai Penguat Kuasa SPR, sebarang bendera parti tidak boleh berada dalam radius 50 meter dari pusat penamaan.

Berita Harian X