Ahad, 20 Februari 2022 | 8:27pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

35 pelajar asrama SMK Beluran dijangkiti COVID-19

KOTA KINABALU: Seramai 35 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran dilaporkan telah dijangkiti COVID-19 sehingga mencetuskan satu lagi kluster baharu, Kluster Jalan Beluran Lama.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kluster yang berkaitan institusi pendidikan itu telah dikenal pasti di daerah Beluran.

"Kes indeks adalah seorang pelajar lelaki, 18 tahun, warganegara dan dikesan melalui

saringan bergejala pada 17 Februari lepas dan saringan terhadap kontak rapat telah

mendapati pertambahan 34 kes.

"Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kluster ini ialah 35 kes positif setakat hari ini.

Jumlah kumulatif tersebut merupakan hasil saringan terhadap 75 kontak rapat kepada kes indeks.

"Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Berita Harian X