Sabtu, 19 Februari 2022 | 12:00am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

PRN Johor: 'Kempen di media sosial, akhbar dan saluran televisyen'

KUALA LUMPUR: Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digalak menggunakan media sosial serta rangkaian televisyen untuk berkempen sepanjang tempoh dibenarkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) PRN Johor yang dikeluarkan hari ini, berkata calon turut digalak menggunakan akhbar tempatan untuk mempromosikan kempen masing-masing.

"Mereka perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam tempoh kempen selaras norma baharu yang perlu diamalkan rentetan pandemik COVID-19," katanya.

SPR berkata, calon bertanding masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) semasa berkempen dan sebarang bentuk kempen melalui media massa pada hari mengundi tidak dibenarkan.

Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara namun perlu mendapatkan permit pihak polis terlebih dahulu.

"Waktu, tempoh masa dan lokasi untuk berkempen adalah tertakluk kepada permit yang diluluskan oleh pihak polis itu.

"Kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan ketika menyampaikan ceramah dan kenderaan digunakan tertakluk kepada akta dan peraturan pengangkutan jalan yang berkuat kuasa," katanya

SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor

Berita berkaitan:

  • PRN Johor: Tiada acara rai kemenangan
  • PRN Johor: Guna mySPR Semak ketahui waktu mengundi
  • Pengundi berstatus PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD
  • PRN Johor: Boleh kempen ziarah, dilarang masuk rumah
  • Satu bilik gerakan parti, calon sahaja dibenarkan di setiap daerah
  • PRN Johor: Ceramah, kempen fizikal dibenar
  • Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor
  • Berita Harian X