Jumaat, 18 Februari 2022 | 11:32pm
Pengundi bagi PRN Johor digalak menyemak maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau portal Semakan Daftar Pemilih SPR. - Foto fail NSTP
Pengundi bagi PRN Johor digalak menyemak maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau portal Semakan Daftar Pemilih SPR. - Foto fail NSTP

PRN Johor: Guna mySPR Semak ketahui waktu mengundi

KUALA LUMPUR: Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digalak menyemak maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau portal Semakan Daftar Pemilih SPR.

Ini bagi mengawal jumlah pengundi ke pusat mengundi pada satu-satu masa antara jam 8 pagi hingga 6 petang pada hari mengundi, 12 Mac ini.

Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, menetapkan lima sela masa bagi pengundi iaitu jam 8 pagi hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang, 2 petang hingga 4 petang dan 4 petang hingga 6 petang.

"Semua individu yang hadir perlu mengimbas QR kod MySejahtera dan melalui saringan gejala.

"Individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau susah bernafas perlu diasing dan ditempatkan di tempat khas (khemah/bilik/ruang khas memangkah) untuk tindakan lanjut," katanya.

Selain itu, semua pengundi perlu menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan di khemah saringan pusat mengundi dan pintu masuk saluran (mengundi).

Mereka turut perlu menggunakan cecair itu selepas jari telunjuk kiri dicelup dalam dakwat kekal, iaitu sebelum pengundi menerima kertas undi; dan di pintu keluar pusat mengundi.

"Pengundi bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas perlu diasingkan serta-merta daripada pengundi lain dan mengundi di tempat khas.

"Pengundi wajib memakai pelitup muka berganda dan dakwat ditandakan di jari telunjuk kiri pengundi perlu menggunakan berus yang dipakai buang," katanya.

SPR menegaskan, pengundi yang positif COVID-19 tidak dibenarkan keluar dari tempat mereka menerima rawatan untuk mengundi.

SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor

Berita berkaitan:

  • PRN Johor: 'Kempen di media sosial, akhbar dan saluran televisyen'
  • PRN Johor: Tiada acara rai kemenangan
  • Pengundi berstatus PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD
  • PRN Johor: Boleh kempen ziarah, dilarang masuk rumah
  • Satu bilik gerakan parti, calon sahaja dibenarkan di setiap daerah
  • PRN Johor: Ceramah, kempen fizikal dibenar
  • Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor
  • Berita Harian X