Jumaat, 18 Februari 2022 | 11:27pm

Pengundi berstatus PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD

KUALA LUMPUR: Pengundi berstatus individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) perlu memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian sekiranya mahu keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan, kebenaran itu tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh PKD berkenaan dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pengundi yang berstatus PUI dan PUS hendaklah diasing dan ditempatkan di khemah atau bilik atau ruang khas yang disediakan.

"PUI dan PUS juga dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri untuk ke pusat mengundi dan penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan.

"Setelah selesai mengundi, individu ini dikehendaki segera meninggalkan pusat mengundi dan terus pulang ke tempat kuarantin manakala ruang khas itu perlu berdasarkan garis panduan KKM sebaik mereka pulang," katanya.

Bagi pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mereka perlu menjalani ujian RTK Antigen dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi dan hanya yang negatif COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan keluar mengundi.

SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor

Berita berkaitan:

  • PRN Johor: 'Kempen di media sosial, akhbar dan saluran televisyen'
  • PRN Johor: Tiada acara rai kemenangan
  • PRN Johor: Guna mySPR Semak ketahui waktu mengundi
  • PRN Johor: Boleh kempen ziarah, dilarang masuk rumah
  • Satu bilik gerakan parti, calon sahaja dibenarkan di setiap daerah
  • PRN Johor: Ceramah, kempen fizikal dibenar
  • Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor
  • Berita Harian X