Jumaat, 18 Februari 2022 | 11:11pm

Satu bilik gerakan parti, calon sahaja dibenarkan di setiap daerah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hanya satu bilik jawatankuasa atau bilik gerakan parti dibenarkan beroperasi dalam satu daerah mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan COVID-19 PRN Johor menyatakan, ia ditetapkan bagi setiap calon sepanjang tempoh berkempen.

"Had kapasiti bilik berkenaan adalah 50 peratus daripada kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

"Bilik Gerakan Kecil tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pilihan raya," katanya, hari ini.

Bagi jentera parti dan calon, semua yang terbabit dikehendaki menjalani ujian RTK Antigen kendiri setiap dua hari sepanjang kempen pilihan raya berlangsung, dengan kos ditanggung sendiri.

"Setiap keputusan ujian RTK Antigen kendiri sama ada positif atau negatif perlu dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.

"Hanya yang mempunyai keputusan negatif dibenarkan terbabit dalam aktiviti sepanjang kempen pilihan raya," katanya.

SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor

Berita berkaitan:

  • PRN Johor: 'Kempen di media sosial, akhbar dan saluran televisyen'
  • PRN Johor: Tiada acara rai kemenangan
  • PRN Johor: Guna mySPR Semak ketahui waktu mengundi
  • Pengundi berstatus PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD
  • PRN Johor: Boleh kempen ziarah, dilarang masuk rumah
  • PRN Johor: Ceramah, kempen fizikal dibenar
  • Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor
  • Berita Harian X