Jumaat, 18 Februari 2022 | 11:04pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor

KUALA LUMPUR: Sebarang perhimpunan atau perarakan tidak dibenarkan diadakan di mana-mana lokasi sepanjang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 26 Februari ini.

Prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan COVID-19 PRN Johor yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini, menjelaskan sebarang pihak termasuk penyokong parti politik dilarang berhimpun atau berarak pada hari sebelum, semasa dan selepas hari penamaan calon.

Selain itu, bilangan laluan masuk ke pusat penamaan calon (PPC) perlu dihadkan bagi tujuan kawalan membabitkan laluan media, calon, pencadang atau penyokong dan laluan ahli atau pegawai SPR dan petugas pilihan raya.

"Jumlah maksimum kehadiran tertakluk kepada saiz dewan PPC dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

"Calon yang sedang menjalani kuarantin sama ada kes positif atau kontak rapat tidak dibenarkan hadir ke PPC dan perlu diwakilkan kepada penyokong atau pencadang parti," katanya.

SOP turut menetapkan tiada wakil dan penyokong parti turut dibenarkan hadir ke PPC.

SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor

Berita berkaitan:

  • PRN Johor: 'Kempen di media sosial, akhbar dan saluran televisyen'
  • PRN Johor: Tiada acara rai kemenangan
  • PRN Johor: Guna mySPR Semak ketahui waktu mengundi
  • Pengundi berstatus PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD
  • PRN Johor: Boleh kempen ziarah, dilarang masuk rumah
  • Satu bilik gerakan parti, calon sahaja dibenarkan di setiap daerah
  • PRN Johor: Ceramah, kempen fizikal dibenar
  • Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor
  • Berita Harian X