Isnin, 7 Februari 2022 | 3:19pm
Celcom melancarkan dua solusi bagi ancaman siber iaitu, Digital Risk Protection dan Vulnerability Risk Management. - FOTO Hiasan.
Celcom melancarkan dua solusi bagi ancaman siber iaitu, Digital Risk Protection dan Vulnerability Risk Management. - FOTO Hiasan.

Celcom bantu usahawan, perkukuh keselamatan perniagaan digital

PANDEMIK COVID-19 membawa peralihan drastik kepada tingkah laku entiti perniagaan untuk menuju ke arah ekosistem digital. 

Laporan Firma Keselamatan Siber SonicWall 2021, menunjukkan terdapat peningkatan  sehingga 63 peratus serangan perisian tebusan (ransomware)  di seluruh dunia pada 2019 dan 2021, manakala Laporan Jenayah Internet FBI pula merekodkan sebanyak 2,500 aduan perisian tebusan dilaporkan1.

Peningkatan jenayah dan serangan perisian tebusan ini  secara tidak langsung mendesak usahawan terutama pengusaha kecil dan sederhana (PKS) untuk mengutamakan keselamatan siber bagi melindungi aset digital mereka. 

Ia bagi membolehkan mereka bergerak seiring dalam ekonomi digital yang  berkembang pesat di seluruh dunia. 

Kepentingan perlindungan keselamatan siber adalah bertujuan untuk melindungi data peribadi, terutama daripada serangan digital kerana terdapat segelintir usahawan menggunakan teknologi perlindungan yang lapuk atau perisian cetak rompak.

Memahami keperluan itu, Celcom meneroka kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi teknologi dan penyedia platform termasuk Telefónica Tech, pakar keselamatan siber yang diiktiraf di peringkat global dalam menyampaikan penyelesaian keselamatan terbaik di Malaysia.

Usaha ini dilihat mampu mengukuhkan lagi keupayaan Celcom dalam menyediakan portfolio penuh perkhidmatan keselamatan siber bertaraf dunia meliputi pelbagai industri dan organisasi di Malaysia.

Perlindungan digital komprehensif

Untuk permulaan, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan dua penyelesaian digital ancaman siber iaitu Digital Risk Protection (Perlindungan Risiko Digital) dan Vulnerability Risk Management (Pengurusan Risiko Kerentanan).

Digital Risk Protection adalah solusi untuk mengenal pasti risiko dan ancaman yang berkait dengan aset digital. 

Secara ringkas, Digital Risk Protection adalah satu bentuk pendekatan holistik yang memantau sumber data dan mengenal pasti ancaman terhadap jejak digital organisasi yang menggunakan teknologi. 

Vulnerability Risk Management pula solusi yang menyediakan analisa ke atas aset pelanggan dan berupaya mengenal pasti kelemahan yang berada dalam sistem informasi dimiliki oleh organisasi.

Menerusi penyelesaian ini, Celcom mampu membantu organisasi memperkasakan perniagaan dalam talian mereka melalui sokongan pelbagai ciri-ciri pengurusan risiko digital tambahan. 

Antaranya sesi konsultasi bagi pelaksanaan serta langkah berjaga-jaga berteraskan pencegahan, pengesanan dan tindak balas bagi mengurangkan serangan siber. 

Strategi perlindungan ancaman 

Sebagai langkah berjaga-jaga usahawan boleh mendapatkan perlindungan daripada sebarang ancaman siber menerusi servis perlindungan keselamatan Celcom dengan cara mudah. 

Usahawan boleh menggunakan khidmat ini menerusi langkah mudah iaitu mendaftarkan diri untuk sesi demonstrasi. 

Menerusi langkah ini usahawan akan dipantau dan dilindungi berdasarkan tiga teras iaitu teknologi, manusia dan proses.

Digital Risk Protection (DRP) memerlukan strategi mantap memfokuskan kepada sumber data utama yang boleh ditapis dan diimbas. 

Ia turut meliputi keseluruhan kitaran hayat ancaman siber, bermula dengan pemantauan dan pengesanan secara proaktif dan terperinci. 

Antara penyelesaian yang ditawarkan adalah keupayaan risikan ancaman modular seperti Pelanggaran kawalan keselamatan, Pendedahan Data, Pemantauan Identiti Digital dan lain-lain. 

Usahawan boleh memilih perkhidmatan DRP bergantung kepada situasi mereka dan matlamat jangka panjang bagi memaksimumkan kecekapan proses dan potensi perlindungan. 

Ini kerana berdasarkan kapasiti internet, perkhidmatan Digital Risk Protection juga adalah berbeza. 

Perbezaan perlindungan risiko digital dan pengurusan risiko kerentanan

Digital Risk Protection (DRP) dan Vulnerability Risk Management (VRM) mempunyai sasaran berbeza di mana DRP memantau dan melindungi jenama, reputasi syarikat dan secara umum, jejak digital syarikat terhadap ancaman yang disasarkan atau ditujukan kepada organisasi. 

Sementara, VRM dapat membantu pelanggan menangani risiko berkaitan dengan bilangan kerentanan yang tinggi dan mendapat manfaat berterusan. 

Pakar penganalisis Celcom akan sentiasa menyokong perkhidmatan dan memastikan rujukan yang diberikan kepada pelanggan adalah meliputi aspek keselamatan. 

Proses ini akan membantu meningkatkan kadar keselamatan siber yang ketat di semua peringkat operasi, secara dalaman dan luaran untuk perlindungan serta keselamatan perusahaan dan pelanggannya. 

Secara jelasnya, perlindungan ancaman siber ini adalah inisiatif terbaik Celcom dalam penyelesaian keselamatan bagi industri utama di Malaysia, sebagai persediaan menuju Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai solusi keselamatan siber yang ditawarkan  Celcom, layari pautan ini.

1. https://www.pbs.org/newshour/nation/why-ransomware-attacks-are-on-the-ri...

Berita Harian X