Sabtu, 5 Februari 2022 | 10:41am

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat jam 10 pagi tadi.

Aliran trafik menuju utara dan selatan negara lancar susulan sebelum ini orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung mulai 28 Januari lalu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laporan di media sosial memaklumkan, trafik di utara Semenanjung iaitu di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lebuh Raya Lingkaran Butterworth (LLB) lancar dan terkawal, termasuk di lokasi berhampiran plaza tol.

Kelihatan kenderaan bertambah pada tengah hari ini di Lebuhraya Pantai Timur daripada Genting Sempah menuju Tol Gombak berikutan orang ramai mula pulang ke ibukota selepa habis cuti Tahun Baru Cina. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad

Di selatan tanah air, trafik di PLUS, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson masih dalam keadaan lancar dan terkawal, termasuk di lokasi plaza tol.

Di kawasan timur pula, trafik keseluruhannya juga masih lancar dan terkawal di sepanjang laluan utama lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 1 termasuk lokasi sekitar plaza tol.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat jam 10 pagi tadi. - Foto NSTP
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat jam 10 pagi tadi. - Foto NSTP
Berita Harian X