Khamis, 3 Februari 2022 | 10:00am
Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia mencecah 31,992 kes. - Foto hiasan Bernama
Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia mencecah 31,992 kes. - Foto hiasan Bernama

7 kematian akibat COVID-19 dilapor semalam

PUTRAJAYA: Tujuh lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 dicatatkan setakat tengah malam tadi, dengan dua daripada membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia mencecah 31,992 kes

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia mencecah 31,992 kes dengan 6,449 mangsa dalam kategori BID.

Kelantan dan Pahang masing-masing merekodkan dua kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi dan masing-masing satu kes kematian di Johor; Negeri Sembilan dan Terengganu.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/deaths
https://covidnow.moh.gov.my/bm/deaths

Selain itu, kes COVID-19 yang masih aktif terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 60,117 kes masih lagi aktif setakat tengah malam tadi.

Sebahagian besar daripada kes, iaitu sebanyak 52,639 menjalani kuarantin di rumah manakala sebanyak 4,212 individu kini dirawat di Pusat Rawatan dan Kuarantin (PKRC).

Seramai 3,154 pesakit pula kini menjalani rawatan di hospital.

Hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina semalam menyaksikan, hanya 30,194 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, dengan 29,488 daripadanya adalah dos penggalak.

Sebanyak 257 dos diberikan sebagai dos pertama manakala baki 449 lagi adalah dos kedua.

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 97.9 peratus daripada populasi dewasa sudah sudah lengkap divaksinasi manakala 88.6 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Berita Harian X