Sabtu, 29 Januari 2022 | 2:19pm

Trafik sesak ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Aliran trafik sesak berikutan peningkatan kenderaan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina turut dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi Twitter jam 1.15 tengah hari melaporkan aliran trafik sesak bermula dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga ke Tol Plaza Gombak menghala Kuantan.

Kelihatan Lebuhraya Pantai Timur di Tol Gombak menuju Genting Sepah sesak sejak pagi hari ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Kesesakan sepanjang 7.4 kilometer (km) turut dilaporkan berlaku dari Tol Plaza Gombak hingga ke KM27.2 menghala Kuantan.

Selain itu kesesakan juga berlaku sepanjang 12.6 km dari KM30.8 hingga KM43.4 menghala ke Kuantan (Gombak ke Bukit Tinggi).

Mereka yang akan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak diminta merujuk Twitter @LPTTrafik untuk maklumat terkini keadaan lalu lintas atau hubungi talian 09-547 9111 / 1700-818-700

Kelihatan Lebuhraya Pantai Timur di Tol Gombak menuju Genting Sepah sesak sejak pagi hari ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Kelihatan Lebuhraya Pantai Timur di Tol Gombak menuju Genting Sepah sesak sejak pagi hari ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Kelihatan Lebuhraya Pantai Timur di Tol Gombak menuju Genting Sepah sesak sejak pagi hari ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Kelihatan Lebuhraya Pantai Timur di Tol Gombak menuju Genting Sepah sesak sejak pagi hari ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Berita Harian X