Khamis, 27 Januari 2022 | 10:04am
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

Lebih 11 juta individu sudah ambil dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 203,943 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,327,531 atau 48.4 peratus.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,920,175 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,197,884 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,784,682 individu atau 88.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,865,987 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 208,042 dos vaksin sudah diberikan semalam, membabitkan 1,677 dos pertama, 2,422 dos lengkap dan 203,943 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertambah kepada 62,892,195 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, sebanyak 12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Sabah dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kes, Johor (dua kes) dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Berita Harian X