Rabu, 26 Januari 2022 | 9:18am
Sebanyak 16 kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi. - Foto fail NST
Sebanyak 16 kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi. - Foto fail NST

16 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam

PUTRAJAYA: Sebanyak 16 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, kes dilaporkan semalam menyumbang kepada 31,918 kes kematian akibat COVID-19 di negara ini, dengan sebanyak 6,432 kematian BID.

Menurut laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), enam kematian daripada kes dilaporkan semalam direkodkan di Selangor; tiga kematian di Sabah; masing-masing dua kes kematian di Johor, Perak dan Kuala Lumpur serta satu kematian dilaporkan di Pahang.

KKM turut merekodkan sebanyak 45,699 kes aktif setakat tengah malam tadi, dengan sebahagian besar iaitu 38,545 kes menjalani kuarantin di rumah; seramai 4,188 pesakit dirawat di Pusat Rawatan dan Kuarantin (PKRC) manakala 2,835 pesakit lagi menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, sebanyak 213,226 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 208,377 dos penggalak; 2,169 dos pertama dan sebanyak 2,680 dos kedua.

Setakat ini, sebanyak 97.9 peratus populasi dewasa sudah melengkapkan vaksinasi terhadap COVID-19 manakala sebanyak 88.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 sudah divaksinasi sepenuhnya sehingga semalam.

Berita Harian X