Sabtu, 22 Januari 2022 | 9:27pm
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Foto BERNAMA
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Foto BERNAMA

MCA belum bincang kerusi PRU, PRN Johor

BATU PAHAT: MCA masih belum berbincang mengenai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata bagaimanapun parti itu sudah bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya.

"MCA sudah mempunyai jawatankuasa dan sudah memulakan kerja bagi memantapkan jentera menjelang pilihan raya.

"Perbincangan kerusi mana untuk bertanding belum ada dan ia menjadi tradisi MCA selagi tak bubar (dewan), ia tidak akan dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Keselamatan Jalan Raya MIROS di Dewan Muafakat Ayer Hitam, hari ini.

Pada PRU-14, UMNO bertanding 35 kerusi, MCA (14 kerusi), Gerakan (tiga), manakala MIC (empat), namun BN hanya memenangi 19 kerusi menerusi UMNO dengan 17 kerusi, manakala MIC dua kerusi. - BERNAMA

Berita Harian X