Sabtu, 22 Januari 2022 | 1:01pm

Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki mula bersurai

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini, bersurai secara berperingkat mulai jam 12.45 tengah hari tadi.

Ketika ini, hanya ada beberapa peserta yang masih berkumpul di sekitar kawasan Jalan Bangsar untuk bergambar dan ditemu bual pengamal media.

Pasukan polis turut dilihat mengarahkan peserta dan orang awam untuk mengosongkan laluan berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu, lebih 100 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki berpatah balik ke arah stesen LRT berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi selepas berarak lebih 600 meter dari kawasan itu sejak jam 11 pagi.

Mereka berbuat demikian selepas akur dengan arahan polis yang tidak membenarkan perarakan terus menuju ke arah Masjid Negara, dengan memberi tempoh hingga jam 12.15 tengah hari untuk peserta bersurai.

Setakat ini, tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku pada perhimpunan itu yang diadakan untuk mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ditahan.

Puluhan anggota Unit Tempur Ringan (LSF) turut melakukan kawalan di Jalan Bangsar, khususnya berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Brickfields.

Aktivis politik, Adam Adli Abdul Halim, berkata pihaknya akur dengan arahan pihak polis dan akan bersurai secara aman berikutan matlamat perhimpunan itu dikatakan sudah tercapai.

Berita berkaitan:

  • Semua jalan di Bangsar, pusat bandar dibuka semula
  • Pasukan Unit Tempur Ringan halang perarakan
  • Peserta himpunan #TangkapAzamBaki mula berarak
  • Jentera FRU tiba di Stesen LRT Bangsar
  • Puluhan individu berbaju hitam di sekitar kawasan LRT Bangsar
  • Polis siasat majlis ajak orang ramai sertai himpunan
  • Jalan utama sekitar Bangsar mulai sesak
  • Beberapa stesen LRT, MRT, Monorel KL ditutup
  • Polis lencong lima laluan di Bangsar
  • Keadaan dilihat terkawal di Jalan Bangsar.
    Keadaan dilihat terkawal di Jalan Bangsar.
    Berita Harian X