Sabtu, 22 Januari 2022 | 12:18pm

Pasukan Unit Tempur Ringan halang perarakan

KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) membuat halangan di Jalan Bangsar berdekatan lampu isyarat ke Brickfields, bagi menghalang perarakan peserta himpunan #TangkapAzamBaki.

Difahamkan, penganjur himpunan mahu membuat rundingan dengan polis bagi memberi kebenaran perarakan diteruskan hingga ke kawasan Masjid Negara.

Peserta himpunan ketika ini masih berarak di Jalan Bangsar sambil melaungkan 'kami lawan sampai menang' diiringi paluan gendang.

Antara yang dilihat hadir Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan aktivis, Adam Adli Abdul Halim.

Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) membuat halangan di Jalan Bangsar berdekatan lampu isyarat ke Brickfields, bagi menghalang perarakan peserta himpunan #TangkapAzamBaki. - Foto Faris Fuad
Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) membuat halangan di Jalan Bangsar berdekatan lampu isyarat ke Brickfields, bagi menghalang perarakan peserta himpunan #TangkapAzamBaki. - Foto Faris Fuad
Berita Harian X