Sabtu, 22 Januari 2022 | 10:42am

Polis siasat majlis ajak orang ramai sertai himpunan

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat satu perhimpunan anjuran sayap pemuda sebuah parti pembangkang dinamakan Pentas Anak Muda #TangkapAzamBaki malam tadi yang dilakukan bagi 'mengajak' orang ramai hadir pada himpunan.

Polis berkata himpunan itu dihadiri antara 30 hingga 40 orang dan 12 aktivis di sebuah restoran di Jalan Pantai Baharu.

Perhimpunan itu diadakan bertujuan menggesa orang ramai menyertai perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan, di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar pagi ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata perhimpunan itu tidak mendapat permit dan kebenaran daripada pihak berkuasa, selain penganjur gagal menghantar notis pemberitahuan untuk mengadakan program perhimpunan kepada polis.

Anggota polis membuat sekatan di hadapan Maju Junction, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan tidak membenarkan orang ramai, pekerja dan pihak media memasuki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. - NSTP/Fathil Asri

Keadaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman lengang apabila pihak polis tidak membenarkan orang ramai, pekerja dan pihak media memasuki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. - NSTP/Fathil Asri

Keadaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi sesak apabila pihak polis tidak membenarkan orang ramai memasuki pusat bandar berikutan perhimpunan #TangkapAzamBaki. - NSTP/Fathil Asri

"Seramai lapan pengunjung awam hadir dalam program perhimpunan itu dan tiada tangkapan dijalankan ke atas mana-mana orang. Bagaimanapun, kita jalankan pemeriksaan butiran diri pengunjung yang hadir.

"Orang awam dilarang menyertai mana-mana perhimpunan tanpa permit sah daripada polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 masing-masing kerana kenyataan mendatangkan khianat awam serta atas kesalahan tiada pemberitahuan perhimpunan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis terdekat.

Keadaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi sesak apabila pihak polis tidak membenarkan orang ramai memasuki pusat bandar berikutan perhimpunan #TangkapAzamBaki. - NSTP/Fathil Asri
Keadaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi sesak apabila pihak polis tidak membenarkan orang ramai memasuki pusat bandar berikutan perhimpunan #TangkapAzamBaki. - NSTP/Fathil Asri

Berita Harian X