Sabtu, 22 Januari 2022 | 8:48am

Polis lencong lima laluan di Bangsar

KUALA LUMPUR: Polis melencongkan lima jalan di Bangsar, susulan penganjur perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan yang dijadual berlangsung pagi ini.

Ia membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya menerima maklumat pada jam 11 malam tadi, mengenai penganjuran perhimpunan di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar.

"Kami mengesan hantaran tular di media sosial bahawa terdapat beberapa individu dan pihak akan menganjurkan perhimpunan di LRT Bangsar jam 11 pagi ini.

"Justeru, polis membuat lencongan jalan membabitkan laluan berkenaan bermula jam 7 pagi hingga selesai (perhimpunan) berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan lalu lintas di Jalan Bangsar sesak berikutan polis membuat sekatan jalan raya berikutan perhimpunan mendesak Ketua Pengarah SPRM letak jawatan. - NSTP/Hazreen Mohamad

Laluan utama menuju Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara lengang susulan penutupan jalan oleh pihak polis setakat jam 9 pagi tadi.⁣ - Foto BERNAMA

Terdahulu, perhimpunan #TangkapAzamBaki dijadualkan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini, namun penganjur menukar lokasi ke stesen LRT Bangsar pada saat akhir malam tadi.

Amihizam berkata, pihak pengoperasian stesen LRT, Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga akan membuat penghentian sementara operasi bagi beberapa stesen utama di ibu negara dalam tempoh sama seperti diumumkan semalam.

"Perhimpunan itu jelas melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) serta Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Dalam pada itu, Amihizam menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi menjaga keselamatan, ketenteraman awam serta kesihatan umum.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan serta akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Keadaan lalu lintas di Jalan Bangsar sesak berikutan polis membuat sekatan jalan raya berikutan perhimpunan mendesak Ketua Pengarah SPRM letak jawatan. - NSTP/Hazreen Mohamad
Keadaan lalu lintas di Jalan Bangsar sesak berikutan polis membuat sekatan jalan raya berikutan perhimpunan mendesak Ketua Pengarah SPRM letak jawatan. - NSTP/Hazreen Mohamad

Laluan utama menuju Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara lengang susulan penutupan jalan oleh pihak polis setakat jam 9 pagi tadi.⁣ - Foto BERNAMA
Laluan utama menuju Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara lengang susulan penutupan jalan oleh pihak polis setakat jam 9 pagi tadi.⁣ - Foto BERNAMA

Laluan utama menuju Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara lengang susulan penutupan jalan oleh pihak polis setakat jam 9 pagi tadi.⁣ - Foto BERNAMA
Laluan utama menuju Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek di ibu negara lengang susulan penutupan jalan oleh pihak polis setakat jam 9 pagi tadi.⁣ - Foto BERNAMA

"Saya juga nasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang urusan di ibu kota terutama di kawasan stesen LRT Bangsar dan sekitarnya supaya merancang perjalanan masing-masing khususnya membabitkan laluan serta masa.

"Kami juga mahu mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 di bandar raya ini.

"Masyarakat harus memahami pentingnya mematuhi SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan elakkan berada dalam kelompok ramai untuk bersama-sama mengurangkan kadar jangkitan COVID-19" katanya.

Berita berkaitan:

  • Semua jalan di Bangsar, pusat bandar dibuka semula
  • Peserta #TangkapAzamBaki mulai bersurai
  • Pasukan Unit Tempur Ringan halang perarakan
  • Peserta himpunan #TangkapAzamBaki mula berarak
  • Jentera FRU tiba di Stesen LRT Bangsar
  • Puluhan individu berbaju hitam di sekitar kawasan LRT Bangsar
  • Polis siasat majlis ajak orang ramai sertai himpunan
  • Jalan utama sekitar Bangsar mulai sesak
  • Beberapa stesen LRT, MRT, Monorel KL ditutup
  • Keadaan lalu lintas di Jalan Bangsar sesak berikutan polis membuat sekatan jalan raya berikutan perhimpunan mendesak Ketua Pengarah SPRM letak jawatan. - NSTP/Hazreen Mohamad
    Keadaan lalu lintas di Jalan Bangsar sesak berikutan polis membuat sekatan jalan raya berikutan perhimpunan mendesak Ketua Pengarah SPRM letak jawatan. - NSTP/Hazreen Mohamad
    Berita Harian X