Sabtu, 15 Januari 2022 | 2:28pm
Kira-kira 3,000 kes COVID-19 direkod semalam. - Foto KKM
Kira-kira 3,000 kes COVID-19 direkod semalam. - Foto KKM

3,074 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,074 kes baharu COVID-19 direkodkan, setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan sebanyak 2,805,337 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 22,901,050 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 23,181,492 individu atau 99 peratus daripada populasi dewasa pula, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 2,860,918 individu atau 90.9 peratus populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala 2,773,020 individu atau 88.1 peratus daripada golongan itu lengkap pelalian.

Berita Harian X