Jumaat, 14 Januari 2022 | 12:12pm
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (tengah) pada sidang media Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman hari ini. Hadir sama, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azhar Mohamed (kanan) serta Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf (kiri). - Foto BERNAMA
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (tengah) pada sidang media Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman hari ini. Hadir sama, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azhar Mohamed (kanan) serta Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf (kiri). - Foto BERNAMA

'Mahkamah maya jadi aspek kekal' - Tun Tengku Maimun

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata persoalan sama ada untuk kembali kepada keedah lama dalam mengendalikan perbicaraan secara fizikal selepas pandemik COVID-19 sudah tidak timbul lagi.

Tengku Maimun berkata, badan kehakiman sentiasa memulakan kemajuan teknologi di mana pendengaran perbicaraan dalam talian atau secara maya kini menunjukkan kemajuan.

Beliau berkata, perbicaraan dalam talian bukan hanya satu cara untuk menangani pandemik, tetapi adalah ciri kekal dalam sistem keadilan negara.

"Oleh itu, tiada persoalan untuk berbalik (kepada kaedah lama). Mahkamah maya kini sudah menjadi aspek yang kekal dalam sistem advokasi negara.

"Saya katakan 'kekal' kerana ada yang mempersoalkan bila dan sama ada badan kehakiman akan kembali kepada perbicaraan fizikal seperti biasa," katanya dalam ucapannya pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2022 di sini hari ini

Tengku Maimun berkata, apabila wabak mula-mula melanda pada Mac 2020, mahkamah terpaksa meneruskan kes dalam talian untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak, tertakluk kepada kepentingan keadilan kerana tidak ada undang-undang yang jelas menetapkan bahawa pendengaran atau perbicaraan dalam talian dibenarkan di mahkamah.

Beliau berkata, kini Parlimen secara afirmatif campur tangan untuk membenarkan perbicaraan secara dalam talian tanpa mengira persetujuan, namun masih tertakluk kepada kepentingan keadilan.

Katanya, perubahan penting dalam undang-undang yang membenarkan prosiding dalam talian dibuat melalui Seksyen 15A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan bahawa mahkamah boleh menjalankan kes sivil dan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Berita Harian X