Isnin, 10 Januari 2022 | 10:52am
Foto NSTP/Danial Saad
Foto NSTP/Danial Saad

Terengganu sedia 72 PPV untuk dos penggalak vaksin COVID-19

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 72 pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 dibuka di semua lapan daerah di Terengganu untuk meningkatkan lagi kapasiti pemberian suntikan dos penggalak di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata daripada jumlah itu, 24 PPV adalah klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta (39), hospital swasta (dua) dan tujuh PPV 'off site'.

"Empat PPV off-site yang telah beroperasi ialah di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu; Dewan Sivik Bijangga, Dungun; Dewan Gong Kemuntong, Besut dan Rimba Square di Kuala Nerus.

"Bermula hari ini, tiga lagi PPV 'off-site' juga memulakan operasi iaitu di Dewan Serbaguna Tepoh, Kuala Nerus; Dewan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun dan lot kedai Padang Laban, Bukit Payong di Marang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, seramai 179,300 individu atau 24.9 peratus daripada jumlah populasi penduduk di Terengganu telah menerima suntikan vaksin dos penggalak. – BERNAMA

Berita Harian X