Jumaat, 7 Januari 2022 | 6:26pm

Muar banjir teruk walaupun tak hujan

MUAR: Kejadian banjir di daerah Muar yang teruk khususnya di Lenga dan Bukit Kepong, dekat sini, kali ini berpunca daripada limpahan air di Sungai Muar.

Tinjauan NSTP mendapati kawasan berkenaan berada berdekatan dengan Sungai Muar yang paras airnya di tahap bahaya menyebabkan banyak kawasan kampung dilanda banjir walaupun banjir kali ini tidak seburuk banjir pada 2006.

Walaupun tiga atau empat hari lalu cuaca di Lenga dan Bukit Kepong cerah dan tidak mengalami hujan lebat, namun paras air Sungai Muar terus meningkat naik sebelum melimpah ke kawasan berdekatan.

Paras air Sungai Muar terus meningkat dipercayai berpunca daripada limpahan air banjir daripada Pahang dan Segamat, Johor yang berlaku baru-baru ini.

Tinjauan mendapati, kira-kira 300 rumah penduduk ditenggelami air banjir sedalam hampir empat meter dan beberapa jalan utama terputus menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan.

Tinjauan di beberapa buah PPS di Lenga dan Bukit Kepong mendapati semua mangsa berada dalam keadaan baik dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jumlah mangsa banjir di Johor semakin berkurangan apabila hanya 309 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di sembilan PPS setakat jam 8 pagi tadi. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Jumlah mangsa banjir di Johor semakin berkurangan apabila hanya 309 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di sembilan PPS setakat jam 8 pagi tadi. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Antara kenderaan penduduk yang tidak dapat diselamatkan ditenggelami banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara kenderaan penduduk yang tidak dapat diselamatkan ditenggelami banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Antara penduduk yang terjejas di Lenga, Pagoh, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara penduduk yang terjejas di Lenga, Pagoh, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Keadaan banjir di Muzium Darurat Bukit Kepong, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Keadaan banjir di Muzium Darurat Bukit Kepong, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Selain itu, beberapa agensi kerajaan giat membantu menyelamatkan mangsa banjir dan memberikan perkhidmatan bantuan masing-masing dalam bencana bah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muar, Mejar (PA) Ahmad Aliuddin Mohd Amin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia membantu penduduk kampung yang terjejas akibat bencana banjir.

Katanya, pihak APM menasihatkan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS mahupun di kediaman yang tidak terjejas banjir yang teruk untuk sentiasa peka dan ambil maklum mengenai keselamatan ketika banjir.

"Mangsa banjir di PPS juga perlu melaporkan kepada pihak pengurusan bencana banjir jika mereka mahu pergi ke mana-mana sama ada mahu pulang memeriksa rumah atau sebagainya.

"Pihak pengurusan banjir perlu sentiasa tahu keberadaan mangsa banjir dan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Jalan menghubungkan Lenga dan Kampung Jawa terputus di Pagoh, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Jalan menghubungkan Lenga dan Kampung Jawa terputus di Pagoh, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Kucing peliharaan yang diselamatkan berikutan banjir di Lenga, Pagoh. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Kucing peliharaan yang diselamatkan berikutan banjir di Lenga, Pagoh. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Keadaan banjir di Pekan Bukit Kepong, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Keadaan banjir di Pekan Bukit Kepong, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Katanya, pada waktu siang, pihak APM membantu memudahkan penyampaian sumbangan barang keperluan mangsa, manakala pada waktu malam lebih tumpu pada hal-hal kecemasan terutamanya di kawasan banjir yang jauh daripada PPS dan terputus jalan seperti usaha mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa.

Setakat jam 6 petang, seramai 1115 mangsa daripada 318 keluarga terjejas banjir di Muar dan ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Keadaan rumah penduduk yang ditenggelami air berikutan banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Keadaan rumah penduduk yang ditenggelami air berikutan banjir di Kampung Jawa, Lenga, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Berita Harian X