Rabu, 5 Januari 2022 | 8:50am
KUALA LUMPUR 27 DECEMBER 2021 Apa berlaku kepada mayat kes bunuh, mengalami kecederaan, kemalangan, kes mencurigakan, bunuh diri atau kematian bukan di hospital (istilahnya kes dibawa mati atau brought in dead) yang perlukan proses bedah siasat ketika pandemik Covid-19? Bagi merungkai persoalan,wartawan berpeluang mengikuti langkah dalam proses itu di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL). NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

31 kematian akibat COVID-19 semalam

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi, termasuk sembilan membabitkan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan 31,591 kes dengan 6,375 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi semalam iaitu sembilan kes.

Lima negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Sabah masing-masing mencatatkan tiga kematian, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dua kes kematian dan satu kes kematian di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sebanyak 39,682 kes aktif dilaporkan sehingga tengah malam tadi membabitkan 32,421 kes menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebanyak 3,522 kes dan 3,487 pesakit COVID-19 menjalani rawatan di hospital.

Sementara itu, sebanyak 238,820 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 234,799 dos penggalak, dos pertama (1,509) dan dos lengkap (2,512).

Sehingga semalam, sebanyak 97.7 peratus populasi dewasa dan 87.7 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Berita Harian X