Sabtu, 1 Januari 2022 | 6:15pm

Mangsa banjir di Johor bertambah

SEGAMAT: Mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 1,080 mangsa daripada 658 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 petang tadi.

Tangkak menjadi daerah kedua terjejas banjir di Johor dengan 17 mangsa daripada tiga keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak, sejak jam 2 petang tadi.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di Segamat terus meningkat mendadak kepada 1,063 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS di daerah berkenaan.

Ia berbanding hanya 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS, setakat jam 12 tengah hari.

"Sebanyak 20 PPS dibuka di Segamat membabitkan di Balai raya Kampung Sermin (lapan mangsa), Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (45 mangsa daripada 13 keluarga) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun (169 mangsa daripada 38 keluarga).

Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Segamat. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Segamat. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Penduduk menyelamatkan barangan rumah menaiki sampan apabila rumah mereka sudah hampir ditenggelami air di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Penduduk menyelamatkan barangan rumah menaiki sampan apabila rumah mereka sudah hampir ditenggelami air di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

"PPS yang turut dibuka adalah di Balai Raya Kampung Paya Lenga (lima mangsa), Balai raya Paya Lebar (15 mangsa daripada tiga keluarga) dan Balai raya Kampung Gelang Chinchin (tujuh mangsa daripada tiga keluarga).

"Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang (267 mangsa daripada 73 keluarga) dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang (enam mangsa) dan PPS terbaru adalah PPS Sekolah Kebangsaan Batu Anam (256 mangsa daripada 70 keluarga).

"Lima lagi PPS dibuka di Segamat iaitu SJK (C) Tah Kang (164 mangsa daripada 33 keluarga), Balairaya Kampung Awat (17 mangsa daripada enam keluarga), Balairaya Taman Bukit Lentang (tujuh mangsa), Balairaya Kampung Jabi 1 (23 mangsa daripada enam keluarga) dan Balairaya Jalan Pemuda (dua mangsa)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail beramah mesra dengan mangsa banjir selepas menyampaikan kit makanan permulaan bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor di PPS Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Segamat. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Berita Harian X