Sabtu, 1 Januari 2022 | 5:56pm

Banjir di Segamat: 2 laluan ditutup kepada semua kenderaan

SEGAMAT: Dua laluan di Kampung Bukit Tempurong dan Kampung Simpang Loy, di sini, ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami banjir sejak pagi tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dalam satu kenyataan, berkata ia membabitkan Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Kampung Simpang Loy.

"Jalan Jabi dinaiki air sedalam 0.5 meter, manakala Jalan Bangas pula hingga 0.6 meter. Justeru, kedua-dua laluan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan.

"Pengguna yang mahu melalui Jalan Bangas, boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Kuala Paya Balai Badang, manakala tiada laluan alternatif untuk Jalan Jabi," katanya.

Penduduk menyelamatkan barangan rumah menaiki sampan apabila rumah mereka sudah hampir ditenggelami air di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Lembu liar melalui di kawasan air deras di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Senai-Gemas di Pekan Gemas, di sini, kerana laluan berkenaan juga ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, laluan di Pekan Gemas masih dibuka dan boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Pengguna dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan papan tanda amaran banjir serta tanda amaran jalan ditutup.

Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Antara mangsa yang terkandas di Rumah berhala Fook Poon Thong, yang berhampiran Sungai Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada susulan banjir melanda Segamat. - Foto ihsan JKR Johor

Berita Harian X