Sabtu, 1 Januari 2022 | 3:57pm
Keadaan banjir di Pengkalan, Alor Gajah, Melaka, hari ini, menyaksikan 96 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua PPS, malam tadi. - Foto BERNAMA
Keadaan banjir di Pengkalan, Alor Gajah, Melaka, hari ini, menyaksikan 96 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua PPS, malam tadi. - Foto BERNAMA

5,795 mangsa banjir masih di 88 PPS

KUALA LUMPUR: Seramai 5,795 mangsa banjir membabitkan 1,678 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri, setakat jam 3.30 petang ini.

Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka ditempatkan di 88 PPS di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor dan Melaka.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,854 orang, daripada 581 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS.

Ia membabitkan 675 mangsa lelaki dan 659 wanita, 467 kanak-kanak dan selebihnya warga emas, bayi dan orang kelainan upaya (OKU).

Sebanyak 186 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah, Johor, Melaka dan Selangor, setakat ini. - Foto fail NSTP
Sebanyak 186 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah, Johor, Melaka dan Selangor, setakat ini. - Foto fail NSTP

Di Negeri Sembilan, seramai 1,427 mangsa banjir daripada 348 keluarga berlindung di 11 PPS.

Di Kelantan, seramai 319 mangsa banjir daripada 112 keluarga berlindung di lima PPS, sementara di Terengganu pula, seramai 418 mangsa banjir daripada 122 keluarga berlindung di empat PPS.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (dua kiri) meluangkan masa melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas yang menempatkan 57 mangsa membabitkan 15 keluarga. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Sabah pula merekodkan 343 mangsa banjir daripada 117 keluarga, yang ditempatkan di dua PPS.

Melaka merekodkan seramai 506 mangsa banjir daripada 133 keluarga di enam PPS, manakala di Johor, seramai 928 mangsa banjir daripada 265 keluarga berlindung di 19 PPS.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) menyantuni mangsa banjir yang terdiri daripada golongan warga emas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kesedar Sungai Satan, Jeli malam semalam. - Foto BERNAMA

Berita Harian X