KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula pagi ini, meningkat kepada 836 mangsa sehingga 4.30 petang.
Kesemua mangsa membabitkan 233 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.
Daerah yang terjejas setakat ini adalah Jeli dan Kuala Krai, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh PPS adalah di Jeli dan tiga di Kuala Krai.
PPS di Jeli membabitkan Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan seramai 291 orang, Dewan Kesedar/ Pasti Bukit Lakota (171 orang), Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor (34 orang), Masjid Gemang (31 mangsa), SK Legeh (123 orang) SK Kuala Balah (5 orang) dan SK Jeli (43 orang).
Selain itu, PPS di Kuala Krai adalah Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A (81 orang), Madrasah Chuchuh Puteri A (18 orang) dan Masjid Chuchuh Puteri A (9).
Sementara itu, laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air di beberapa sungai di Kelantan meningkat.
Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada di paras amaran iaitu 23.23 meter (m), manakala dua sungai berada di paras waspada iaitu Sungai Air Lanas di Jeli dan Sungai Kelantan di Kuala Krai masing-masing dengan bacaan 29 m dan 20.28 m.
Banjir di Kg Keroh, Kuala Krai, Kelantan.
Kredit: Eiymra pic.twitter.com/krQ6booACs— Bencana2021 (@bencana2021) December 30, 2021
Air deras di sebuah sungai di Kuala Krai, Kelantan.
Kredit: Ayie pic.twitter.com/NfCRfhyiZx— Bencana2021 (@bencana2021) December 30, 2021