Isnin, 27 Disember 2021 | 7:57pm
Pembersihan di Sungai Lui. - NSTP/Azhar Ramli
Pembersihan di Sungai Lui. - NSTP/Azhar Ramli

Sungai Langat melebihi paras waspada, penduduk dinasihat patuh arahan pihak berkuasa

KUALA LUMPUR: Sungai Langat di bandar Kajang, Hulu Langat merekodkan aras air melebihi tahap waspada sehingga jam 7.15 petang tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan berkata paras air sungai di lokasi itu merekodkan melebihi tahap waspada dengan 25.31 meter (m) air melebihi 24.4 m sehingga jam 7.15 petang tadi

Sementara Sungai Langat di Taman West Country, Kajang, Hulu Langat pula berada pada tahap amaran iaitu air berada pada paras 10.79 m, melebihi 10.7 m.

Justeru, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir di Hulu Langat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ekoran hujan lebat berterusan di daerah itu, hari ini.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), penduduk di daerah itu juga dinasihati untuk mengambil tindakan sewajarnya serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pasukan FRU dan PGA bantu agih air minuman dan bersihkan sisa banjir di Hulu langat. - Foto PDRM
Pasukan FRU dan PGA bantu agih air minuman dan bersihkan sisa banjir di Hulu langat. - Foto PDRM

Antara rumah penduduk yang ranap ketika tinjauan di kawasan terjejas banjir di Hulu Langat berikutan hujan berterusan sehingga mengakibatkan beberapa kawasan penempatan penduduk terjejas. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Azie Norizah Husin, 49, membersihkan peralatan rumah yang dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Sungai Lui, Batu 18, Hulu Langat. - NSTP/Azhar Ramli
Azie Norizah Husin, 49, membersihkan peralatan rumah yang dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Sungai Lui, Batu 18, Hulu Langat. - NSTP/Azhar Ramli

Pembersihan di Sungai Lui. - NSTP/Azhar Ramli
Pembersihan di Sungai Lui. - NSTP/Azhar Ramli

Berita Harian X