Isnin, 27 Disember 2021 | 7:38pm
Kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kajang dekat sini, selepas hujan lebat petang tadi namun tiada penduduk dipindahkan. - Foto Twitter Newsies
Kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kajang dekat sini, selepas hujan lebat petang tadi namun tiada penduduk dipindahkan. - Foto Twitter Newsies

Banjir kilat landa sekitar Kajang, tiada penduduk dipindahkan

KUALA LUMPUR: Kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kajang dekat sini, selepas hujan lebat petang tadi namun tiada penduduk dipindahkan.

Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah di kawasan Apartmen Glen Court, Bandar Sungai Long dan di Jalan Semenyih, Rumah Murah Taman Lembah Mewah, Kajang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan banjir kilat di Apartmen Glen Court pada jam 5.19 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi.

Beberapa kawasan sekitar Kajang antaranya berhampiran Apartmen Glen Court, Bandar Sungai Long dan Rumah Murah Taman Lembah Mewah dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi. - Ihsan Bomba

"Banjir kilat di kawasan itu dipercayai berpunca akibat limpahan air dari sebuah kolam berhampiran apartmen terbabit dengan kedalaman air setinggi kira-kira 0.3 meter.

"Bagaimanapun, apabila anggota kita tiba di lokasi pada jam 5.57 petang, banjir kilat di kawasan terbabit sudah surut sepenuhnya dan kejadian tidak membabitkan sebarang mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota bomba dari BBP sama turut digerakkan ke kawasan banjir kilat di Taman Lembah Mewah selepas menerima laporan kejadian pada jam 5.35 petang tadi.

"Berlaku banjir kilat di kawasan ini akibat hujan lebat dan keadaan longkang yang tersumbat menyebabkan air melimpah dengan kedalaman kira-kira 0.6 meter.

"Keadaan pada masa ini terkawal dan air banjir sudah pun surut dan kejadian ini juga tidak membabitkan sebarang pemindahan mangsa," katanya.

Dalam pada itu, katanya beberapa kawasan lain antaranya di Jalan Bukit Mewah dan Taman Zamrud, Kajang turut dilaporkan berlaku banjir kilat, petang tadi namun kejadian beransur pulih dan air surut sepenuhnya menjelang lewat petang.

Berita Harian X