Isnin, 27 Disember 2021 | 12:30pm
Satu struktur Rangkaian Grid Nasional di Bukit Tangga yang terjejas akibat tanah runtuh, baru-baru ini. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Satu struktur Rangkaian Grid Nasional di Bukit Tangga yang terjejas akibat tanah runtuh, baru-baru ini. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Ada 128 mangsa banjir di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Bilangan mangsa banjir di Negeri Sembilan yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 128 orang pagi ini berbanding 141 orang, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor, berkata mereka daripada 37 keluarga tiga PPS di daerah Jelebu.

"Jumlah mangsa tertinggi kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Undang Abdullah, iaitu seramai 64 orang daripada 15 keluarga.

"Di PPS Balai Raya Kampung Puom pula yang dibuka sejak 19 Disember lalu, ia masih lagi menempatkan seramai 33 orang mangsa banjir daripada 11 keluarga.

"PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir kini menempatkan seramai 31 orang daripada 11 keluarga," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sejak bencana banjir melanda di negeri ini baru-baru ini, seramai 792 mangsa banjir daripada 194 keluarga ditempatkan di 19 PPS yang dibuka di enam daerah di negeri ini.

"Daerah yang terbabit Jelebu, Seremban, Rembau, Port Dickson, Tampin dan Kuala Pilah," katanya.

Penduduk membersih rumah selepas banjir surut di Kampung Kuala Klawang, semalam. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Penduduk membersih rumah selepas banjir surut di Kampung Kuala Klawang, semalam. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Berita Harian X