Isnin, 27 Disember 2021 | 9:31am
Penduduk kampung mula keluar untuk menjala ikan di Sungai Golok di Kampung Lanchang. - Foto NSTP/Nik Abdulah Nik Omar
Penduduk kampung mula keluar untuk menjala ikan di Sungai Golok di Kampung Lanchang. - Foto NSTP/Nik Abdulah Nik Omar

Jumlah mangsa banjir Kelantan terus menurun

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 378 orang sehingga 9 pagi ini berbanding 470 orang 6 petang semalam.

Kesemua mereka daripada 127 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh berjumlah 259 orang dan SK Gual Periok iaitu 119 orang.

Berdasarkan laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras waspada iaitu 7.01 meter (m).

Berita Harian X