Ahad, 26 Disember 2021 | 1:25pm
Keadaan banjir di Batu 12 Hulu Langat dekat Taman Sri Nading, Sabtu minggu lalu. - NSTP/Effendy Rashid
Keadaan banjir di Batu 12 Hulu Langat dekat Taman Sri Nading, Sabtu minggu lalu. - NSTP/Effendy Rashid

'Projek EKVE antara punca banjir besar di Hulu Langat'

HULU LANGAT: Pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) di sini dipercayai antara faktor menyumbang kepada kejadian banjir besar di sekitar Taman Sri Nanding, di sini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pemantauannya di kawasan perumahan itu mendapati projek pembinaan EKVE menyebabkan longkang tertutup, sekali gus mengganggu sistem saliran di kawasan itu.

Ia menyebabkan air Sungai Langat yang terletak betul-betul di belakang Taman Sri Nanding melimpah ke kawasan perumahan berkenaan hingga banjir meningkat setinggi tingkat pertama rumah di situ.

"Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi (mendapati) kerana projek EKVE.

"Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku," katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

Sampah pukal di Taman Sri Nanding. - NSTP/Aizuddin Saad
Sampah pukal di Taman Sri Nanding. - NSTP/Aizuddin Saad

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat kawasan yang terkesan akibat banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat kawasan yang terkesan akibat banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada Program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada Program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat banjir pada Program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. - NSTP/Aizuddin Saad

Berita Harian X